03 May 2017

Alhamdulillah wa syukru Lillaah, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam dengan kuasa dan kehendakNya yang mengizinkan sesuatu kejadian berlaku

Setelah penantian selama hampir 3 tahun lebih (selepas adik naurah salsabeela), pada tanggal 2 Mei 2017 bersamaan 5 Sya'aban 1438 Hijrah, lebih kurang jam 6.22 pagi, maka lahirlah waris terbaharu abuya ke dunia ini. Dan kali ini, seperti jangkaan awal, waris abuya adalah seorang hero.. boboiboy.. wahh ada geng la nanti nak gaduh

Lama betul abuya bersedia tunggu baby kali ni lahir apatah lagi ia diselangi dengan ujian keguguran (miscarriage) pada tahun lepas. Adik naura pun dah bosan agaknya asyik main dan gaduh dengan kakak. Selalu jadi mangsa buli kakak je. Dia pun dah lama dengar orang sokmo panggil dia 'adik'... kali ni orang panggil dia 'kakngah'...

selepas diazankan

adik naurah officially dah jadi kak ngah

syyhhh... diam.. diam.. baby tidur

Alhamdulillah, setakat ni perjalanan kelahiran ketiga-tiga adik beradik ni dipermudahkan.. smooth je

Bondenya pun bersalin macam biasa, tak terlalu lama over due, sakit sebelum bersalin pun tak lama, teran sikit-sikit je dah keluar. Syukur sangat apabila tak ada juga apa-apa masalah berat selepas bersalin. Cuma baby ada kuning sikit-sikit tu biasalah. Doa-doakan ye cepat sembuh!

9 comments:

  1. Tahniah..Dah ada nama ke belum?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah nizam dan pn isteri..yeyy dapat baby boy .. tahniah kak long baheja dan jugak kak ngan naurah..

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH TERIMA ANUGERAH TERINDAH..COMELNYA HERO

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah untuk cahaya mata ketiga

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tahniah...

    ReplyDelete
  6. Comelnya baby lelaki cikgu nizam ..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Abuya dah ada geng

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN