Musim cuti sekolah macam biasa berkampung di rumah mak. Anak-anak nak jumpa kawan-kawan sepupu sepapat diorang yang ramai tu duk riuh rendah rumah tok diorang. Elok juga kalau berkumpul, sebab aku tengok kakak baheja tu kalau dengan sepupu diorang, rajin sikit nak solat berjemaah. Sekali suruh je, terus nak join sepupu diorang solat. Kalau kat rumah tokma, agak liat sikit. Kadang-kadang menangis dulu, baru buat
kat rumah tokma
Paling syok kat rumah tok tentulah makanan yang tok masak.. heheh... Dan sudah semestinyalah gambar makanan tu di snap dengan jayanya. Biasalah, blogger dengan gambar makanan kan tak dapat dipisahkan. Sebab gambar makanan antara yang cepat dan banyak dapat like.. gitu.
Pagi ni siap ada 2 menu macam hari raya pulak. Walaupun sekali sekalia bingit jugak telinga dengar tok berleter, tapi bab masakan tok (mak aku lah) dah boleh cover semua kebingitan itu. Mana mau carikk, kan. Dari semalam duk kecoh kat dapur. Tumbuk, goreng sambal ikan dan kuah laksa penang siap dengan begitu cemerlang sekali
Selalunya, favourite aku laksa kuah lemak putih, tapi kali ni mak tukar angin buat laksa penang. Sedap, cukup rasa dan bahan. Dari breakfast, lunch, hitea, dinner, supper semua telan laksa penang je. Cukup
selamatttt dihadam
Menu kedua yang ada atas meja ialah nasi himpit, kuah kacang dan sambal ikan.. Sambal tu selalunya ada banyak, boleh bawak balik untuk buat stok simpan dalam peti. Boleh cicah ketupat goreng pulak lain kali. Tapi ni tak tahulah sempat ke tidak nak tapau. Baru tengah hari dah hilang 3/4 bekas
tudiaa nasi himpit kuah kacang + sambal ikan
Yang ni selingan jer lah.. basah tekak..
beli kat pasar tani
adeh.. jenuh. Ingat ada jual. :P
ReplyDeleteNikmat luar biasa bila balik kampung..alhamdulillah..
ReplyDeletealahai sdapnya menu..:)
ReplyDeleteOrang lama, jgn persoalkan kualiti dia. mmg cenggini haaa.. *angkat ibu jari. hehhe
ReplyDeletejom pekena laksa penang kaw punya kat balik pulau, restoran laksa pokok manggis!
ReplyDeleteWah...laksa tu sungguh mencongkam kalbu la
ReplyDeleteAlahai bestnya tokma masak
ReplyDelete