JANIN KEMBAR DIJUMPAI DI TANDAS SURAU KUALA TERENGGANU
Tergempar 2 hari lepas terdengar berita dalam radio , ada orang jumpa mayat janin kembar dalam tandas di sebuah surau di kuala terengganu. Ya Allah , mengucap panjang jugalah kita , urut dada sambil mulut mengomel. Sebentar tadi baru terbelek facebook abang ipar aku , haji amzad hashim , gambar dia tengah tengok janin tu. Rupa-rupanya surau yang dimaksudkan ialah surah depan rumah aku. Kampung durian burung. Dua kali la mengucap panjang sambil urut dada lagi![]() |
Janin |
![]() |
haji amzad dan polis |
Tu dia abang amzad (setiausaha surau) dan polis yang datang untuk menyiasat. Sekali dengar pulak orang-orang disini bercakap itu bukan janin manusia. Wah menyeramkan betul.Macam-macam yang bermain di fikiran, janin siapa ni? janin langsuir kah? Nampak betul-betul dah terbentuk macam manusia
MISTERI TERUNGKAI
Rupa-rupanya itu janin kucing. Polis dan hospital dah sahkan selepas dibuat bedah siasat , dah tersebar pun berita kesahihan
LAPORAN BERNAMA
KEMAMAN, 17 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan janin yang ditemui seorang remaja di sebuah tandas surau di Durian Burung Kuala Terengganu petang semalam, adalah janin kucing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membuktikan janin berkenaan bukan janin manusia.
"Maklumat awal mengatakan ia janin manusia namun hasil laporan (bedah siasat) mengesahkan ia adalah janin haiwan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Semalam seorang jemaah lelaki terkejut apabila menjumpai dua ketulan yang disyaki janin kembar di pintu masuk tandas surau berkenaan dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.
Wan Abdul Aziz turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar dan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan
bca tajuk dah nak emo, baca isi..okey!!, kucing punyer...
ReplyDeletecuak je bace tjuk
ReplyDeleteKesian... Kucing tu.. Bikin gempak jer..
ReplyDeleteyelah kan kalau janin manusia takan lah org tu tak ambik tanam ke kan..
ReplyDeletekucing keguguran ...sian dia.
Ok berjaya satu uv dari kak ana ;) sian kucing tu keguguran..
ReplyDeletetajukkk dieeeee bikin panas
ReplyDeleteok wartawan melodi .... x jd nak ambil kes
ReplyDeletetajuk bukan main lagi hot..tp rupanya janin kucing...hahhaa
ReplyDeleteAlhamdulillah bukan janin manusia..takziah pada kucing tersebut kerana keguguran..kesian dia..
ReplyDeleteAlhamdulillah bukan janin manusia..negeri saya jugak tu trg..kesian kucing tu..
ReplyDeleteAmboii mati2 den ingat janin orang ,,.adoila MELODI sungguh la Nize
ReplyDeleteHuhuhuhj macam2 hal
ReplyDelete