Bukan entri erotik atau blog versi 18 tahun ke atas atau sekadar nak pancing trafik. Bukan juga mengambil kesempatan menjual pakej-pakej cadangan vitamin. Cuma ia perkongsian ilmu sangat bermanfaat hasil tulisan Doktor Zubaidi Hj. Ahmad untuk pasangan suami isteri yang mungkin malu berbicara secara terbuka masalah kesihatan
KENCING MANIS PUNCA MATI PUCUK : DOKTOR ZUBAIDI
AKIBAT KEROSAKAN SARAF
Kerosakan saraf akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak (microangiopathy) menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Akibat kerosakan saraf ini maka isyarat dari otak gagal sampai ke zakar yang menyebabkan ianya tidak menegang apabila berlaku stimulasi seksual
Saluran darah yang menyempit kerana faktor atherosclerosis menyebabkan aliran darah yang lemah dan kurang untuk menegangkan zakar dan mengekalkan ketegangan zakar dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah akibat atherosclerosis ini. Kebiasaannya , pesakit kencing manis juga mengalami masalah tekanan darah tinggi yang menambahkan lagi penyempitan saluran darah. Terdapat juga beberapa jenis ubat darah tinggi yang mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan masalah mati pucuk ini
Pesakit kencing manis yang tidak mengambil rawatan dengan betul dan mempunyai masalah gula yang tidak terkawal juga menyebabkan berlakunya kekurangan bahan ‘nitrik oksida’ yang membantu dalam proses menenangkan zakar. Paras gula yang tinggi juga mengurangkan nafsu syahwat atau libido. Mengawal paras gula dengan lebih baik dengan mengikut nasihat doktor maka masalah ini boleh dikurangkan kerana paras gula yang terkawal akan mengembalikan nafsu syahwat tadi
Masalah mati pucuk ini sangat kerap berlaku dikalangan pesakit kencing manis 10 ke 15 tahun lebih dahulu berbanding lelaki yang tiada penyakit kencing manis tetapi kebanyakan pesakit menyembunyikannya atau mendapatkan rawatan tradisional seperti mengurut atau mencuba ubat kuat yang banyak dijual di kaki lima dan FB tanpa nasihat doktor
Terdapat juga pesakit kencing manis menghadapi masalah ‘pancutan berbalik’ (retrograde ejaculation) kerana kerosakan pencerut pada leher pundi kencing. Kerosakan ini berlaku kerana saraf yang mengawal pencerut ini rosak akibat paras gula yang tinggi dalam darah dikalangan pesakit kencing manis. Masalah ini boleh menyebabkan kemandulan dikalangan pesakit kencing manis lelaki
SYAHWAT MENURUN
Kajian juga menunjukkan nafsu syahwat menurun kerana paras hormon lelaki iaitu testosteron dikalangan pesakit lelaki yang mengidap kencing manis adalah rendah. Ini adalah kerana paras insulin yang tinggi akan menyebabkan paras testosterone menurun. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah perut buncit, otot mengecut dan lemah yang merupakan tanda luaran kekurangan hormon testosteron ini
Bagi wanita juga akan menghadapi masalah kurang nafsu syahwat apabila mengidap penyakit kencing manis. Pesakit kencing manis wanita akan menghadapi masalah kekeringan faraj, sakit semasa bersetubuh, susah mencapai orgasma dan tidak bernafsu jika paras gula tinggi dan tidak terkawal. Masalah kekeringan faraj adalah kerana pengaliran darah yang tidak lancar ke faraj kerana faktor penyempitan saluran darah akibat masalah pengerasan saluran darah (atherosclerosis)
CARA TERBAIK KEKALKAN KESIHATAN
Cara terbaik mengekalkan nafsu syahwat yang sihat ialah dengan tidak mendapat penyakit kencing manis dan jika anda mengidap kencing manis maka pengawalan gula kepada paras yang stabil dan terkawal akan mengurangkan kesan kepada masalah seksual lelaki dan wanita. Kepentingan hubungan seksual diantara lelaki dan wanita amat penting bagi suami dan isteri untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga ke akhir hayat
KREDIT : DOKTOR ZUBAIDI HJ. AHMAD
Allah jua Maha Memberi Sembuh
Bernutrisi dan konsultasi PERCUMA & EKSKLUSIF dengan saya..
Muhammad Nizam Yusof
SMS / WHATSAPP : 013 976 1627
FB : Muhammad Nizam
Emeil : alluana35@gmail.com
IG : BAHEJABELLADOTCOM

![]() |
artikel asal Doktor Zubaidi |
CADANGAN NUTRISI , PAKEJ MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
![]() |
SET KAWAL PARAS GULA |
BACA FUNGSI SET KAWAL PARAS GULA : DISINI
Allah jua Maha Memberi Sembuh
Bernutrisi dan konsultasi PERCUMA & EKSKLUSIF dengan saya..
Muhammad Nizam Yusof
SMS / WHATSAPP : 013 976 1627
FB : Muhammad Nizam
Emeil : alluana35@gmail.com
IG : BAHEJABELLADOTCOM
Perkongsian terbaik..alhamdulillah dapat ilmu petang ni PC..
ReplyDeleteTq sharing
ReplyDelete