26 June 2015

ENGKAU MASIH BERPELUK TUBUH DAN MENGELUH

Engkau masih berpeluk tubuh dan mengeluh semata , engkau kata ekonomi makin mencengkam , tekanan cukai segala cukai buat kau tertekan , sedang hutang masih keliling pinggang

Jiran kau pagi-pagi selepas tahajjud barang dua rakaat , mohon petunjuk Allah, terus ke dapur , masak nasi lemak tiga empat round menggunakan satu periuk , masak dengan ikhlas nak meniaga , nak jual kat orang biar orang dapat makan sedap macam yang kita nak makan. Ada dalam 100 bungkus nasi lemak daun pisang hantar kat 3 kedai makan. Tengah hari sikit kutip hasil , jual seringgit je pun sebungkus . Sehari berhasil RM 100. Sebulan tolak campur bahagi modal dan upah tauke kedai , dapatlah RM 1700 untung bersih

Engkau? masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Orang bangla sebelah kampung kau kerja bina rumah , ala-ala buruh kasar , gigih tak kenal penat. Sebulan boleh pos duit kat family dia di bangladesh RM 2500

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Orang Nepal jiran sebelah rumah orang bangla tadi , fasih berbahasa melayu , dulu-dulu kerja kat kedai runcit nun seberang jalan itu. Sekarang dah jadi tauke kedai runcit. Hasil tak jutawan tapi boleh survive. Kawan diorang ada pulak yang jadi tauke kedai telefon

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Makcik zainab , sepupu mak jah tinggal dekat jugak dengan rumah sewa orang nepal tu tak ada sijil , ijazah segala. Anak ramai masih bersekolah. Makcik zainab ambik upah lipat baju kat rumah orang , upah seringgit untuk 3 helai baju. Upah extra jika mahu pakej iron baju sekali. Dia suruh anak dia sebar-sebarkan tampal iklan merata. Hasilnya tak lumayan berlonggok , tapi cukup nak bagi anak-anak makan,pakai,belanja sekolah. Mula-mula ambil upah lipat baju di rumah penghulu. Lama-lama khidmat dia tersebar luas. Dulu makcik zainab naik basikal tua sahaja. Sekarang lega dah boleh pakai wira aeroback second hand

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

pak kamal yang kau kenal sedari kecil selalu kau nampak angkut tong gas atas belakang motorsikal. Orang kampung nak gas untuk memasak, telefon je pak kamal , terus sampai rumah dengan tong gas baru. Servis tip top. Call , 20 minit sampai depan pintu rumah.Kerja kuat sungguh nak sara anak isteri. Sekarang pak kamal tak main dah motorsikal , dia ada 3 van untuk angkut tong gas dan 13 orang pekerja. Gudang pun dah ada. Maju

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Kau ada facebook. Kau tengok kawan lama kau hari-hari update bisnes online dia. Hari-hari up meriah sungguh dia berniaga. Kau pandang sebelah mata. Satu ketika kau balik kampung terserempak dengan dia. Jauh berubah dah kacak bergaya. Khabarnya hujung tahun nak tanggung emak dia pergi haji. Kau masih hari-hari update meroyan di facebook

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Ayuh bangkit. Mulakan sahajalah dengan apa yang ada. Mulakan sahajalah dengan apa jua cara kemahiran yang kau pandai. Buatlah sesuatu. Ingat ada banyak mulut di rumah yang perlu disuap

Ulat dalam batu boleh hidup. Kau pernah nampak ke tak banyak juga ulat yang mati tak boleh hidup? Rezeki milik Allah , hak Allah. Hak kau?hak kau usaha dan ikhtiar , bukan goyang kaki update keluh kesah di fb

Kalau tak mulakan hari ini, bila lagi?
Bahagia tu kan kita yang pilih

Love & Faith
abuya


2 comments:

  1. betul. jangan tak ada usaha demi mencapai kejayaan. sekali kita yang kecewa merana sendiri..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.