09 February 2015


super kredit : Coach Baha
saya ambil ni dari artikel coah baha , sebagai rujukan saya sebab saya suka the ideas dan sharing untuk anda... tanpa sebarang edit , jom baca jap...

12 Kerja Part Time Yang Boleh Buat Duit Cepat , anda pilih nombor berapa.....

1. Menjual produk orang lain

Jika anda baru nak berniaga saya nasihatkan untuk anda belajar menjual. Menjual adalah nadi sebuah perniagaan.



Oleh itu anda jual dulu barangan orang lain yang mudah laku. Anda boleh menjual dengan cara online atau menjual secara offline.

Sahabat saya menjual Al-Quran kepada rakan pejabatnya. Dia berpendapatan lebih RM2000 sebulan dengan hanya menjual 10 - 15 buah naskah Al-Quran tafsir. Banyak barangan lain anda boleh jual.

2. Menjalankan seminar atau mengajar apa yang anda pakar.

Jika anda pandai membuat biskut, jika anda pandai menjahit atau anda ada rahsia teknik mengajar anak membaca dengan cepat. Anda boleh kongsikan semua yang anda tahu melalui kelas dan seminar.

Buat kelas sekecil dari rumah. Sahabat saya hanya mengajar mengait baju dan mengubah bunga boleh berpendapatan ribuan ringgit sebulan.

3. Buat benda yang ramai orang malas nak buat.

Tawarkan perkhidmatan memotong rumput ditaman anda, bersihkan rumah, betulkan paip. Buat semua kerja tu sabtu dan ahad atau balik dari kerja jam 5 petang.

4. Berniaga kecil-kecilan secara online.

Ramai orang yang telah masuk dalam bidang online. Saya menjual hand beg wanita secara online. Jual barangan atau tawarkan perkhidmatan secara online.

Empat bidang yang laku keras dalam bisnes on-line adalah bidang kesihatan, kewangan, kecantikan dan barangan keperluan terutamanya barangan wanita.

Jika anda pandai fb, jual perkhidmatan mengurus fb.

5. Masuk MLM atau menjual produk kewangan

Walaupun bidang ini tidak populer sebagai satu cara terbaik untuk buat duit tetapi ramai juga yang telah buat duit dengan sistem MLM. Ianya berkadar sementara, bila anda sudah cukup modal anda boleh membuat pilihan untuk meneruskannya atau tidak.

6. Menjadi agen hartanah

Ini bidang yang baru. Jika anda di bandar besar anda boleh menjadi agen hartanah , membantu menjualkan rumah , kedai atau tanah. Pendapatannya lumaian.

7. Bisnes kecil berbentuk perkhidmatan

Sahabat saya membuka kedai gunting rambut dan mencari 10 orang yang ingin bekerja sebagai pengunting rambut dan berkongsi keuntungan. Dia mempunyai 10 cawangan kedai gunting rambut di sekitar lembah kelang.

8. Jual barang asal boleh jadi duit

Saya berikan formula ini pada anda. Target untuk anda menjual dan mendapat untuk 10 sehari, bila sudah mahir tukar target ke 100 sehari. Barangan yang dijual tak penting.

9. Sewakan kereta

Kekadang kat rumah tu ada banyak kereta, sewakan kereta anda untuk public atau kawan-kawan. Sekurangnya boleh bayar duit kereta bulanan.

10. Home cafe

Masak masakan sedap-sedap masa cuti. Ajak kekawan makan dirumah dengan berbayar. Masak nasi arab ke...mungkin dapat tempahan catering.

11. Tanam sayur

Kalau anda dikampung, buat usaha kecil-kecilan seperti tanaman serai, kangkung , cili dan lain-lain.

12. Ternakan kecil-kecilan

Anda boleh buat ternakan ayam kampung dan kambing.

Saya boleh berikan 1001 idea bisnes kepada anda . Perkara yang lebih penting adalah keyakinan untuk anda lakukan. Saya doakan anda berjaya. Share dan like

Coach bahar

‪#‎ideabisnescoachbahar‬



******************************************************************************

tajuk artikel memang bahaya sikit sebab ada tullis " buat duit cepat "... nanti kang tak pasal-pasal aku kena hujah timbal balas oleh mata-mata yang memang dah lama cari peluang nak hentam... hah ha ha..  nanti ada la yang buat post ambush... " usahlah kejar duit , harta dunia semata-mata "....  "berhatikan duit , tak ingat akhirat"....  keh keh kehhh.... aku layan jeerrr... 








0 comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN