25 May 2019

RESIPI AIR ASAM SEDAP

Ramadan Kareem. Masak apa tu nak berbuka nanti? Banyak resipi air asam sedap berlegar-legar dalam google ikut skill dan citarasa masing-masing. Benda nampak simple, namun kalau tak cukup skill nak buat, tak jadi jugak. Ni resipi air asam sedap dari air tangan mak aku lah yang kami duk ratah dengan ikan panggang tawar sedari kecil lagi. Mungkin sama je dengan orang lain, yang bezanya cuma air tangan. Yang dah terrer buat , pejam mata ok. Yang baru try nak buat . . silakan


RESIPI AIR ASAM SEDAP


RESIPI AIR ASAM SEDAP
RESIPI AIR ASAM SEDAP

Air asam jawa...ini sudah tentu bahan utama. Bergantung kepada saiz bekas yang mahu dihidangkan. Apa yang pasti, biar air asamnya pekat... barulah menyengat memikat, ada ummmphhh

Belacan 

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Air limau nipis

Bawang besar diricik halus , ini pun menambahkan lagi onzzz nya air asam tersebut

Cili padi dipotong

Tomato, sangat penting untuk airnya bersatu bersama air asam

Tiada kerisik dan tak ada kaedah blend,

gaul semua, ramas dengan tangan sampai sebati...

perghhhh... siap dicicah bersama ikan panggang tawar, ikan bakar, kerang mahupun sotong

Selamat Mencuba



3 comments:

  1. sebut asam...meleleh airliur dh hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedakk dooh lalu lau ada air asam wak nyicoh hehehehe..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.