25 May 2019

RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN NENAS


Ramadan Kareem. Selamat berpuasa hari ke 20. Hari ni aajommm try resipi udang masak lemak cili api dengan nenas pulak. Pasti terangkat selera berbuka puasa. Gambar udang masak lemak cili api dengan nenas ni pun dah lama. Masa aku balik rumah mak jugak. Ada satu bahan yang aku duk perhatikan yang agak berbeza dengan masak lemak lainnya. Jom tengok

RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN NENAS



RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN NENAS

UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN NENAS

Bahan-bahannya
15 ekor udang saiz boleh tahan

5 ulas Bawang putih

5 ulas Bawang merah

1 inci Kunyit Hidup

1 batang Serai diketuk

Halia sebesar ibu jari

8-10 tangkai Cili Api

2 keping asam keping

1 sudu Serbuk Kari Ikan - yang ini lah bagi naik warna dan rasa

Santan - 1 paket

Nenas - 1 mangkuk kecil, dipotong comel-comel gitu

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Cara Masak Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas

1. Tumbuk

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili api
Kunyit hidup

2. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam kuali, api perlahan sahaja

3. Masukkan serai yang dititik, santan 

4. Masukkan serbuk kari ikan.

5. Nampak mendidih masukkan udang, nenas, asam keping, garam dan gula secukup rasa

Siap untuk dihidang bersama nasi panas, sambal belacan dan ulaman

Selamat Mencuba


6 comments:

  1. ni masak sendiri ke org rumoh masok ni heeheh buh resepi sajo tak jadi hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ehh.. masok diri lah..

      Delete
    2. dop ehh nawok jahh... mok laa masok.. mok..

      Delete
  2. Tq share resipi..nenas ade bleh bt ni

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.