11 March 2018

Nasi Lemak Basmathi Mak

Minggu lepas, kami adik beradik dikejutkan dengan pengkhabaran duka dan terkejut apabila mak ditimpa musibah. Terjatuh dan retak sedikit tulang bahu. Alhamdulillah moga ujian yang menimpa mak doanya moga diampunkan dosa, ditingkatkan kesabaran dan diangkat darjat

Antara hikmah disebalik kejadian itu, semua adik beradik balik berkumpul di kampung. Yang  lama tak balik pun dah dapat jenguk muka. Macam feeling raya pun ada

Hikmah lainnya macam biasa makan air tangan mak walaupun tengah sakit.. aduii



Mak, sambil sakit-sakit pun , tangan sebelah siap pakai anduh, sempat lagi nak masak sambal tumis udang kering dan nasi lemak dengan penuh kasih sayang. Kitorang cakap tak payah buat, suruh rehat, anak-anak ada sini ramai balik berkumpul boleh buat semua tu. Tapi tetap nak buat jugak.. Gitulah mak.. kan. Malam sebelum breakfast dah siap sambalnya





kali ni guna beras basmathi


bertambah 3 kali.. Alhamdulillah


Elok je hujan lepas kena nasi lemak mak. Sofa pun dah melambai-lambai.. hurmm apa lagiiii

3 comments:

  1. sedapnya
    itulah kasih sayang mak kepada anak2
    sakit2 pun mesti masak kan juga

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com