09 March 2018

Belanja Bini Nombor Dua

Kerana cinta ku turutkan, kerana kasih ku relakan. Gitu lah kalau dah sayang kan. Terutamanya sayang kat isteri. Apatah lagi kalau beristeri dua. Poket makin nipis, kepala makin botak kalau dah bini nombor dua buat hal. Bini nombor dua tu kereta, bukan manusia, okay. Kamu orang jangan macam-macam



Yang ni kisah baharu bulan lepas. Tayar dah goyang. Alang-alang nak buat alignment , macam biasa la suruh cek tayar. Akibatnya kena tukar 2 bijik, nasib baik tak 4. Lagi 2 biji tu pun dah tak lama tempohnya nak kena tukar. Bajet yang ada kita tukar ajer 2 biji. je lah dulu. Ambil yang paling murah je.. hehe



Yang ni pulak baru minggu lepas, dia buat hal lagi. Temperature naik sampai ke atas. Nasib tak berasap dan meletup. Ingatkan coolan tu yang bocor. Try penuhkan air dalam coolan, temperature masih naik, aircond terasa panas. Rupa-rupanya motor rosak, kipas tak berpusing.. 


arrghhh.. botak lagi kepala abuya.. bersinar-sinar dah ni haa


2 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.