18 March 2018

Contoh 4 Kesilapan Tutur Kata Ibu Bapa Tanpa Disedari


1. Membanding Beza


Contoh : “Apa laa kakak ni, cuba tengok kakngah tuu suka tolong abuya".. cuba jadi macam kak ngah.. bla.. bla "

Kesan : Subur rasa cemburu dan iri hati dengan adik beradik, rendah diri , tidak ada keyakinan duiri dan hilang kekuatan nak bersaing dengan orang lain

Solusi : Boleh membuat perbandingan kejayaan, kebaikan seseorang atas sebab menegur, mendorong dan memberi semangat tetapi bercerita dalam keadaan tenang dan tiada tekanan, bukan perbandingan dalam keadaan marah dan emosi


2. Merendahkan Kebolehan


Contoh 1: "Anak saya ni cik senah... hurmm tak tahu nak cakap apa lagi, degil betul "

Contoh 2 : " kamu ni bila besar nak jadi apa?!"

Kesan : Menghiris sekelumit perasaan anak, mengguris hati kecil si manja. Contoh ayat ini bila sentiasa diulang akan membuatkan mereka percaya itulah sahaja kemampuan diri mereka

Carilah kebaikan dalam diri dia walaupun kecil. Kecil bagi kita, besar bagi dia. Subur-suburkanlah kebaikan yang kecil itu. Patah-patah kata ibu bapa itu doa


3. Bukan Pendengar Yang Baik


Soalan anak mungkin berulang-ulang dan kurang penting bagi orang dewasa.. Maka dilayannya dan dijawab soalan anak itu sambil bermain telefon atau menonton akasia jam 7 petang

Didengar hanya hujung telinga, mata pun tak tengok.. Memang soalan dia kadang-kadang tak penting, tapi cara ibu bapa memberi perhatian itu penting.. Kelak bila dewasa, usah kecewa bila mereka tidak lagi suka berkongsi cerita dengan kita dan menganggap kita bukanlah penyelesai masalah yang boleh diharapkan! Sedih..

Tempoh pembalasan tak lama, mungkin lagi 10 tahun.. 15 tahun... Bagaimana cara kita menyemai, begitulah cara kita akan menuai hasilnya


4. Tidak Membenarkan Anak Mempunyai Emosi


Contoh : " Dahh.. berhenti menangis! SEKARANGGG!!

Walaupun mak ayah stress anak nangis tanpa sebab atau lama sangat, tetapi adakalanya dia tak dapat kawal apa yang dia rasa (macam orang dewasa gakk, hehe).. Dia akan rasa terlalu bodoh kerana tak dapat berhenti menangis (apabila disuruh) dan menganggap mak ayah tidak benarkan dia mempunyai emosi

Pujuk cara lain : "tak apalah kakak nak nangis pun... tapi kakak kena tahu, apa yang kakak buat tadi tu salah"




biarkan dia nangis.. hahaa


bersambung

No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.