24 February 2018

Alahai Kasut Sekolah Zaman Sekarang

Aku...rasanya jaranglah nak mengondem dan mengeluh di laman sosial atau setakat ambik pahala komplain jer orang kata dan menampakkan kejelekan serta kurang cerdik diri sendiri, macam semua menda tak kena. Sekali sekala guna bahasa kiasan atau satira tuu biasalah. Tapi rasanya masih berlapik (kottt). Kalau sesiapa pernah rasa tercuit tuu, maaf laa ye.. hehe

Tapi satu hal ni aku rasa nak kena bagitahu jugak la luahan rasa hati.. kahkah. Pasal kasut jer pun. Kasut-kasut sekolah zaman sekarang cepat nauu rosak musnah, koyak, hancur dan sewaktu dengannya. Teringat dulu kala kalau lah tak silap, time sekolah rendah memang guna sepasang tu je lah dari awal tahun sampai akhir tahun, siap pakej redah banjir sekali, masih elok

Time sekolah menengah, pernah sekali kasut yang ditinggalkan kat surau hilang (maklumlah duduk asrama, kononnya nak biar je park kat surau, ambik je anytime). Rupa-rupanya tak selamat jugak, kasut aku yang size gajah tu pun boleh hilang. Mintak duit dengan ayah nak beli kasut baharu, tahan pedih je la telinga dengar ayah bebel. Itu baru nak beli untuk kali kedua, dah kena bebel

Sebelum ni, hanya dengar cerita kawan-kawan je bahawasanya diorang ada yang terpaksa beli kasut sekolah anak sekurang-kurangnya 2 atau 3 pasang setahun. Sekarang ni, abuya laa pulak nak merasa semua tu. Sebab kakak dah sekolah rendah. Secara rasminya pakai kasut sepanjang masa. Kalau kat tadika dulu, nak masuk kelas boleh bukak kasut di luar




Ni lah rupa kasut  selepas hampir 2 bulan sessi persekolahan.. ke kasut ni brand china cap ayam jugak? hahaa.. bayangkan kalau kena beli kasut setiap 2 bulan sekali, makna kata hampir 5 atau 6 pasang la setahun koleksi kasut sekolah untuk seorang anak


Si kakak ni pakai kasut, sebenarnya start 2 minggu sekolah tempoh hari, dah boleh nampak kasut tu nak hancur. Tak ketahuan laa sama ada dia lasak sangat atau abuya yang salah skill memberus masa basuh kasut tu. Ataupun takkan laa sebab direndam dengan BASIC H,
SI PENCUCI SERBAGUNA ORGANIKMemang la selalu rendam dengan basic h, untuk jadi lebih putih bersih berseri dan kurangkan kerja menyental.. kan. Pening abuya

CARA BASUH KASUT GUNA BASIC H

kasut kakak time tadika

Titikkan 5 - 6 pencuci serbaguna Basic H ke dalam air. Kacau air tu sampai berbuih dan rendam la kasut tu. Biarkan sekurang-kurangnya setengah hari macam tu, angkat kasut dan jemur. Kalau nak sental, sental sikit sikit je sudah, tak perlu kudrat lebih



Korang beli kasut anak berapa pasang setahun?


1 comment:

  1. aah igt dlu mse skola setahun sekali je beli..kekadang tahan smpai 2 tahun..sbb bukan jns lasak heheh

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.