23 February 2018

Tanggal 17 Februari 2018 yang lalu, bumi sekali lagi menangisi pemergian ulama' , pewaris dan keturunan Nabi. Sosok ini digelar Ilmu AtTareem (ilmu Kota Tareem) atau Sultonul Ulama' (raja sekalian ulama) di eranya dek ketinggian ilmu yang dimiliki. Gedung ilmu yang disegani dan disayangi sekalian banyak manusia ini ialah AlHabib Saalim bin 'Abdullah AsSyatiri Rahimahullah


Belasungkawa AlHabib Salim 
( 1359 H - 1439 H )

Manaqib (biodata) Sultonul Ulama, Al Habib Salim AsSyatiri

Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar AsSyatiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman pada tahun 1359H. Seorang alim besar dari Kota Tarim asal keturunan AsSyatiri yang memang terkenal dengan keilmuan hebat

Ayahanda beliau, Habib ‘Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim (Rubath dalam bahasa mudah seperti pondok, madrasah di Malaysia, tempat pengajian) yang telah melahirkan ribuan ulama dari segenap pelosok dunia Islam

Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang soleh. Ibunda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang solehah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah

Nasab beliau Habib Salim bin Abdullah bin Umar bin Ahmad bin Umar bin Ahmad bin Umar bin Ahmad bin Ali bin Husin bin Muhammad bin Ahmad bin Umar bin Alwi Asy-Syathiry bin Al-Fagih Ali bin Al-Qodhi Ahmad bin Muhammad Asaadulloh bin Hasan At-Turobi bin Ali bin Sayyidina Al-Imam Al-Faqih Al-Muqaddam muhammad bin Sayyidina Ali bin Sayyidina Al-Imam Muhammad Shohib Marbat bin Sayyidina Al-Imam Kholi Qosam bin Sayyidina Alwi bin Sayyidina Al-Imam Muhammad Shohib As-Shouma’ah bin Sayyidina Al-Imam Alwi Shohib Saml bin Sayyidina Al-Imam Ubaidillah Shohibul Aradh bin Sayyidina Al-Imam Muhajir Ahmad bin Sayyidina Al-Imam Isa Ar-Rumi bin Sayyidina Al- Imam Muhammad An-Naqib bin Sayyidina Al-Imam Ali Al-Uraydhi bin Sayyidina Al-Imam Ja’far As-Shodiq bin Sayyidina Al-Imam Muhammad Al-Baqir bin Sayyidina Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Al-Imam As-Syahid Syababul Jannah Sayyidina Al-Husein. Rodiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan kepergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. 

Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:

1. Habib Muhammad al-Mahdi;

2. Habib Abu Bakar;

3. Habib Hasan bin ‘Abdullah asy-Syathiri;

4. Habib ‘Alwi bin Syihabuddin;

5. Habib Ja’far bin Ahmad al-‘Aydrus;

6. Habib ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki al-Hasani;

7. Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;

8. Syaikh ‘Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;

9. Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;

10. Syaikh Hasan bin Sa`id.


Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. 

Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-‘Adni bin ‘Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath Al-Jufri

Telah banyak penuntut ilmu yang mengambil manfaat dari ketinggian ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta senantiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi SollAllahu 'Alaihi Wasallam

Habib Salim sehingga sebelum pemergiannya telah mengabdikan dirinya untuk mengasuh dan menjaga Rubath Tarim , penyambung legasi kekanda beliau Almarhum AlHabib Hasan Assyatiri, yang mempunyai sekitar 500 orang penuntut ilmu dari pelbagai negara

17 Februari 2018, Beliau meninggal dunia di Jeddah, telah disolatkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Jannatul Ma'la, Baqi', pemakaman mulia keluarga dan para Sohabat Nabi. Yang pernah ziarah ke Madinah pasti tahu tempat ini

Bukan sebarangan manusia yang dimakamkan disini. Subhanallah, nikmat apa lagi jadi impian tatkala akhir hidup sekalian insan?

Semoga Allah mengangkat darjat beliau, merahmati beliau dan menggolongkan dalam kalangan para solihin dan shuhada' bersama-sama Rasulullah SollAllahu 'Alaihi Wasallam


Sedikit kenangan telah cukup membawa sekelumit kebahagiaan


Jumu'ah Mubaarakah

1 comment:

  1. baru tahu...terima kasih berkongsi..dapat ilmu arini..al fatihah

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini