28 June 2017

Sebenarnya kalau bersohabat lama-lama pun , mudah sangat nak putus sohabat dalam sekelip mata. Selain perselisihan faham yang mungkin terlalu kronik,  antara banyak-banyak sebab tu ada dua sebab yang popular

Pertama : nak berhutang duit, kita tak bagi

Kedua : tuntut hutang, tak bagi, lebih buruk lagi lari lesap entah ke mana tanpa penjelasan dan khabar berita

Aku ada seorang sohabat, kawan dah lama hampir dua dekad. Sekarang masing-masing dah ada kerjaya sendiri. Dia ada bisnes gah dan masyuk (bukan MLM ye)

Memang baik sangat dengan dia bagai isi dengan kuku dari zaman muda remaja sampai la pertengahan belia, rapat bagaikan tiada rahsia. Majoriti story a - z semua tahu, sebahagian ahli keluarga memasing pun dah saling kenal

Suatu hari bisnes dia mengalami sedikit masalah, dia mintak tolong aku. Aku ni rapuh sikit kalau orang mintak-mintak tolong. Apatah lagi dari sohabat yg baik

Dia suruh aku buat loan dengan bank (kira mcm guna nama je la) dan dia janji tetiap bulan akan bayar double (contoh kalau buat loan, potongan tiap bulan rm 1.5K, dia janji nak bayar tiap bulan by hand, cash rm 3K sampailah loan bank selesai), dengan harapan bisnes kembali kencang

Suruh aku buat loan sampai 5 angka tauu. Aku kesian jugak kat dia. Ye la kawan dah lama kan. Dia cerita lagi pernah buat loan dengan along, nasib baik boleh selesai cepat. Ini lagiii laaa buat menambah kesyahduan aku ni

Seminggu aku kemurungan. Fikir punya fikir punya fikir, aku tak sanggup nak buat loan bank untuk orang lain. Bukan taknak susah sama-sama, tapi ini terlalu banyak risiko. Lagipun loan aku yang dah sedia ada pun bukan sikit. Dia pujuk aku suruh usaha cari, tak banyak pun sikit asal ada. Mana laa pulak aku nak korek duit 

Dalam usaha pujuk aku tu, macam-macam la usaha. Cakap lembut gigi dari lidah yang memang tak bertulang, call jangan cakap laa, memang setiap hari. Masa memujuk macam-macam ayat keluar "mung la saudara aku, kawan baik, abang aku, banyak tolong selama ini bla..bla..bla"

Aku bukan taknak tolong, nak tolong sangat sohabat ni, tapi masalahnya aku bukan ada duit banyak sangat. Kali ni memang tak mampu nak bantu. Sungguh, daripada bergaduh bertumbuk sebab tuntut duit di kemudian hari, aku rasa lebih baik tolak awal-awal secara berhemah tanpa mengguris perasaan

Sekarang dah beberapa tahun kejadian berlalu. Nak cakap dengan aku pun acuh tak acuh. Lain benar nada ketika pujuk nak minta tolong. Tempoh hari, aku ucap selamat berpuasa, tanya dia bila boleh ngeteh jumpa lepak pun, dia cakap "malas aku jupe mung"

Aku ucap lagi selamat hari raya pun sampai harini tak balas-balas. Aku harap masih boleh bersangka baik dia tengah sibuk agaknya. Orang bisnes kan

Ermmm

Jangan kecam sohabat aku yang ni. Dia baik sangat orangnya. Cuma pasal duit, dah timbul sedikit konflik. Harap-harap persahabatan tak la putus

1 comment:

  1. adoiyai T.T sedih cenggini.. tapi sayanglah hanya sebab duit nak bermasam muka nak putus sahabat. bukan niat pun kadang2 nak ketepikan tapi kita pun ada kepentingan lain. tak apa mudah2an sahabat tu mengerti dan semua pun baik2 saja..

    selamat hari raya aidilfitri..
    have a blast syawal =)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN