29 June 2017

Suruh Berdoa : Pilot Air Asia Lakukan Hal Yang Betul


الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ
Doa itu senjata Mukmin

Hidup ini dipenuhi dengan doa. Doa dikala susah mahupun senang. Di saat-saat getir, sulit , terdesak dan sempit apatah lagi

Allah suruh mintak dan mohon dengan Dia, lambat atau cepat Dia perkenan jua. Tak di dunia mungkin akhirat sana

Albaqarah : ayat 186

Mafhumnya : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.”

Doa lah yang menjadi talian hayat akhir tatkala sukar. Doa menjadi hubungan terus manusia dengan Allah. Segala kebergantungan hanya kepada Allah jua

Apa si bekas ahli parlimen tu ingat, saat getir kapal terbang yang bergegar macam mesin basuh tuu, nak suruh pilot cakap apa lagi kepada penumpang? Aku kalau naik kapal terbang terlanggar awan sikit pun, dah mengucap panjang, doa toksah cakap laa kumat kamit mintak selamat

Surah Almukmin : ayat 60


Mafhumnya: “Dan berfirman Tuhanmu “Mohonlah (berdoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu.”


Doa la harapan paling besar. Bukan pilot kata dah nak mati pun. Pilot suruh doa pun salah ke? Siap kena sindir dan main isu agama. Dah tu nak minta penumpang bertenang dengan cara apa lagi. Ke berserah hanya menunggu mati terhempas sahaja. Kalau lah berdoa, sekalipun jikalau ditakdirkan kapal terbang itu bakal terhempas dan maut beramai-ramai, sekurang-kurangnya akhir hayat dengan doa dan mungkin dah bertaubat? Mungkin Allah terima taubat dan mana tahu ganjaran syurga? (bagi orang Islam & beriman)

Doa la antara sebab yang jadi tenang. Aku rasa pilot dah cuba sehabis baik untuk tenangkan dirinya dan penumpang. Syabas pilot, you did a great job. Mana tahu asbab doa-doa semua ini lah , kapal terbang tu selamat mendarat dan Allah perkenan semuanya selamat

Bekas ahli parlimen tu, kalau dah sekular tuu sekular jugak laa... ish ish ish

komen positif tony



2 comments:

  1. For me apa yang captain tu buat memang betul cuma penerimaan sesetengah orang yang menjadi masalah..ketika tu penumpang ramai pelbagai bangsa dan mempunyai kepercayaan mengikut agama masing- masing..x salah kot captain tu mintak semua berdoa..netizen je yang lebih- lebih

    ReplyDelete
  2. Baguslah dimulai dgn dia. Perjalanan lebih berkat Dan dapat pahala. Ntah hapa2 la netizen yg bikini heboh tu

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.