25 June 2017

Akhir Puasa Dan Malam Raya

Hari akhir puasa banyak la menda nak buatnya. Hari akhir puasa juga dah plan nak balik kampung (kampung sangat) tanah tumpahnya darahku, rumah mak. Hari tu jugaklah baru nak sibuk cari selipar raya kakak dan seluar slack barang sehelai dua. Mujurlah jalan tak sesak sangat berbanding malam sebelumnya

Keluar ke bandar awal pagi, supermarket pun belum bukak. Sanggup tunggu lepak dalam kereta sementara supermarket bukak. Risau kot datang lewat nanti takde parking dan orang ramai nak shopping

12.30 baru boleh sampai rumah semula. Pastu haritu jugak la nak pergi buat alignment tayar kereta dengan expectation dalam hati memang nak tukar sebiji tayar bahagian hadapan. Sampai ke kedai servis, ermmm ku sangka kan satu, rupanya dua tayar kena tukar. Nasib baikkkk tak tiga. Kalai empat?? Terus nangis tepi bucu bonet kereta



Memang 2 biji tayar depan tu haus. Aku syak satu je sebab feel tu lain time drive sejak dua menjak ni.. Melayang jugak lahh 500 ringgit lebih. Takpaa lah duit boleh cari, nyawa insan-insan tersayang yang nak duduk dalam kereta tu nanti mana boleh diganti, kannnn

kalau tak cukup duit nak bayar tayar tu.. aku ingat nak cover laa dengan duit raya bebudak yang dah siap letak dalam sampul ni.. kahkah. Mujur tak buat gitu

Sampai di kampung halaman, macam biasa riuh rendah bergegar satu rumah tok. Semua adik beradik dan ipar duai berkumpul. Lengkap tak ada yang kurang. Anak buah termasuk anak abuya 3 orang dah berjumlah 21 orang. Pening tok dibuatnya.. Dengar tok membebel tu dah lali sangat. Hehe. " Jangan main bantal, jangan pijak tilam! Lepas makan basuh pinggan, basuh cawan! Jangan main bukak tutup peti! Tidur awal, tutup tv! " . Budak-budak ni pun dah imun agaknya telinga diorang

Juadah berbuka puasa hari akhir? Ermm tak sah la kalau tak meriah. Kitorang berjemaah jamu nasi kerabu yang mak buat. Dari nasi, sambal ikan, sayuran, solok lada semuanya home made. Tak cukup dengan itu, kambing perap pun ada



Ketupat rendang pun dah siap. Apa lagii, terus hadam la. Tak sempat tunggu raya esok hari dah merasa juadah favourite


Sebelah malamnya pulak, nak feeling moreh selepas terawih, sambil budak-budak main bunga api, kitorang bakar sate sampailah pukul 2.00 pagi. Yer lah nak bakar esok kan siapa je yang rajin. Semua mood raya dengan baju baru. Mestilah kena habiskan bakar sate tu malam ni jugak. Esok hari makan je

Lokan pun ada.. feeling korea sikit


Ok lah.. selamat hari raya semua. TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah terima amalan puasa aku dan kamu tahun ini. In sya Allah. Jemput datang rumah


3 comments:

  1. meriahnya raya di Ganu!

    ReplyDelete
  2. selalunya persiapan yang last2 minute tu best.. amboi sampul duit raya comel2 heh..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.