BILA BUDAK TADIKA BUAT EKSPERIMEN PISANG

Ermm.. ni cerita kakak la ni, baheja. Kecik-kecik dah pandai nak buat eksperimen sains. Belum lagi masuk sekolah rendah tu. Gigih nak buat eksperimen sebab tengok TV ler tu. Tak tahu la chanel astro ceria ke tv iq atau chanel kartun yang ada rancangan super sains, rasanya itulah yang dia duk sebut sangat tu

Kakak kalau curi-curi telefon abuya buka youtube, memang antara carian yang dia taip selain kartun ialah super sains. Ada la tu yang sangat menarik perhatian dia


Alkisah, ada setandan pisang yang baru ditebang dari belakang rumah. Tersadai kat dapur. Nampak dek kakak, terkeluar la idea dia nak buat eskperimen pisang. Ada la kot super sains buat dalam tv


Cara eksperimen dia senang je, masukkan pisang dalam beg kertas ni dan jemur dekat luar, biar kena cahaya matahari. Semalam aku tengok ada pisang je sebiji, bila nampak buah oren dalam peti, dia tambah pulak oren. Tutup beg rapat-rapat dan letak kat luar rumah. Katanya tak boleh kena kipas

Bila abuya tanya kenapa buat macam tu, dia jawab biar nanti pisang akan bertukar jadi oren.. haha.. Kita tengok la nanti, pisang tu bertukar tak jadi oren

beg bonia ok...



kakak ajak selfie lepas dia cerita semua pasal eksperimen dia tu.. hihi.. tahun depan dah darjah satu, harap-harap jadi budak pandai belajar dan elok akhlak



Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
adk dayah
AUTHOR
24 February, 2017 delete

cerdik baheja..hehe budak-budak sekarang punya pembelajaran lebih advance daripada kita dulu, dayah ajar budak-budak ni kan, diorang punya eksperimen dah macam budak sekolah..sangat-sangat advance..huhu

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
24 February, 2017 delete

Mungkin istilah dewasa peram pisang..sebab kalau atok PC dulu..bila tebang pokok pisang yang pisangnya dah tua...lepas getahnya kering..setiap sisir pisang tu masukkan dalam tempayan..dan tutup dengan guni..nak bagi pisang cepat masak..
Syabas Baheja...

Reply
avatar
kak gojes
AUTHOR
24 February, 2017 delete

hahaha..comel la baheja...eh..apa keputusan eksperimen ni?

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
24 February, 2017 delete

Bijaknya Baheja dh tunjuk bakat nk jadi saintis walau msh kecil

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
24 February, 2017 delete

Wah pandainya Baheja, kecil2 dah suka berfikir dan bereksperimen. Apa resultnya tu? hihi

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
24 February, 2017 delete

pandainyaaa Baheja..ikut sapa ni?

Reply
avatar
Nor Azimah
AUTHOR
25 February, 2017 delete

Alaahai, comelnya ank yg nama Baheeja ni, dh comel pandai plak tu.

Reply
avatar