21 January 2017

RESIPI MAGGI KARI SIMPLE

Rasanya majoriti menyebut mee segera (instant noodle) tu maggi. Tak kira la apa juga brand, style dan perisa. Sedap jugak layan maggi kari dengan cuaca hujan lebat sekali sekala rintik-rintik ni. Lama dah tak buat perangai gitu. Lama dah insaf sentuh dan bau maggi, harini pulak termengidam

RESIPI MAGGI KARI SIMPLE

Dah nama pun simple, memang senang dan cepat la disediakan. Ambik apa yang patut dan campak je

RESIPI MAGGI KARI SIMPLE
MAGGI KARI

Objek utamanya tentulah sebungkus maggi kari atau bahasa bakunya, mee segera brand MAGGI

Ni stail aku la ye yang sangatla simple dan nak cepat siap. Mula-mula goreng bilis, guna 2 sudu minyak sudah. Nampak hampir garing tu, tambah bawang besar yang diricik halus dan digoreng sekali. Asingkan bilis dan bawang yang dah siap digoreng. Baki minyak gorengan tu jangan dibuang. Guna buat masak maggi

Terus masukkan air (aku guna air tapis yang panas), ye laa kate nak cepat masak. Masukkan sekdikit ayam goreng (aku nampak ayam bawah saji, aku ambik la) disiat siat halus macam orang bubuh dalam mee celup

Masukkan perencah maggi kari, sedikit sos cili thai, 3 titik kicap dan satu sudu besar lada hitam. Masukkan maggi dan sebiji telur. Jangan hancurkan telur, biarkan ia cantik elok sebiji dan aku suka warna merahya masak 3/4 sahaja

Aku biarkan airnya tinggal sikit je. Tak gemar kuah banyak. Biar ia nampak macam maggi goreng basah pulak. I like.. hehe.  Dah siap tuang dalam mangkuk, jangan lupa toppingkan dengan bilis goreng tadi. Jemput tengok ye

7 comments:

  1. Amboi sedapnya..sama menu kita hari nie ya..

    ReplyDelete
  2. Simple bebenor sis bahajabella 😃
    .
    Maznee suka pedas, letak cili segar dan sos cili.
    .
    Kuah nak sikit dan pekat.
    .
    Telur pu. Biar tak hancur
    .
    Letak pula stimboat wah
    .
    Memang jilat mangkuklah
    .
    Haha

    ReplyDelete
  3. memang lain dr lain ... siap ada ikan bilis ...

    ReplyDelete
  4. Mak oiii terus terliur ni

    ReplyDelete
  5. Saya biasa rebus Maggi letak kuah Kari mamak beli Kat restoran Nasi kandar hahahaa

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.