22 June 2016

PENTING!! Boleh Ke Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun Guna Mopiko Dan Vicks Vaporub?

BOLEHKAH MOPIKO DIGUNAKAN UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Jawapan : TIDAK BOLEH

Sama seperti Vicks Vaporub, Mopiko juga mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius iaitu sawan (convulsion).

Selain Mopiko, terdapat ubat sapu jenama lain yang boleh digunakan untuk mosquito bite/insect bites yang tidak mengandungi camphor. 

Jadi, sekiranya anak anda berumur kurang dari 2 tahun, elakkan Mopiko ya!



BOLEHKAH VICKS VAPORUB DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Jawapannya TIDAK BOLEH.

Ini kerana Vicks Vaporub mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius iaitu sawan (convulsion).

Jadi, ibu bapa take note ya. Untuk bayi berumur 3 bulan ke atas, ibu bapa boleh gunakan Vick Baby Balsam kerana ianya tidak mengandungi Camphor. Ia sesuai untuk bayi seawal 3 bulan sehingga kanak-kanak 5 tahun.




Rasa bersalah tak share.. Harap info ini dapat membantu ibu bapa semua :)..


2 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.