Haritu cerita burger tepi jalan. Ni cerita shawarma pulak... Sebenanya ni kisah dari disember tahun lepas.. Aritu dah post sekali.. tapi macam krikk krikk je post tu.. hihi..Petang ni saje nak post skali lagi sambil cari idea masak untuk berbuka...kan
Satu malam di akhir tahun yang lalu , kitorang saja jenjalan keluar ambil angin malam , tetiba terserempak dengan orang jual shawarma. Salah satu makanan arab. Lantas betul-betul mengimbau kenangan ala-ala once upon a time when i was in Cairo gitu. Korang pun dah biasa makan shawarma ni kan. Kalau orang kita , semuanya di panggil kebab
Sebenarnya ada je restoran arab area sini , tapi tak terlintas pula nak pergi. Yang tepi jalan ni jugak la terpesona. Mungkin lama dah tak merasa atau tetiba mengidam , bagai mengantuk disorongkan bantal. Terus beli 4 ketul. Dua tiga hari kemudian , bila mengidam datang balik , aku cuba pergi jenguk orang yang jual ni kat tempat yang sama , malangnya dia dah tak jual kat situ. Aduiii mana lah mahu cari ni. Sedap kot
![]() |
simple je , tapi boleh tahan sedap |
![]() |
sedia untuk dimakan |
Ni beberapa lagi gambar makanan istimewa arab yang membuatkan ku terimbau zaman belajar feeling-feeling remaja
![]() |
kibdah |
Kibdah ni hati. Ada ramuan rempah ratus arab. Dimakan bersama roti arab. Roti biasa yang panjang tu pun boleh. Korang yang jarang makan hati mesti terliur bila dah merasa kibdah ni. Dah, sila pergi restoran arab sekarang
sumber gambar : http://sinuhadentist.blogspot.my
![]() |
kibdah |
![]() |
kuftah kuftah ni isi daging (hancur) , disumbat, dibentuk dengan besi dan dipanggang. Specialnya lagi jika dipanggang dan dibakar dalam dapur tanah liat. Fenomena biasa di sana |
sumber gambar : google
![]() |
nasi dalam daun anggur |
secara jujurnya yang ni bukan favourite aku. Nasi dalam daun anggur atau dalam bahasa arabnya (waraq 'enab).. Pernah sekali je rasa , tu pun tak habis. Tekak tak boleh terima
sumber gambar : google
ruz billaban ruz billaban ni maksudnya nasi dengan susu. Haa nampak simple je kan , tapi rasanya penuh nikmat |
sumber gambar : gambar aku sendiri dalam laptop
tengok resipi ni : http://mongoliankitchen.com/oum-ali/
daging
Yang ni tak ada kena mengena dengan makanan arab. Cuma nak tayang je kitorang tengah bakar daging hari raya korban di asrama. Buat makan-makan berjemaah gitu
|
Banyak lagi makanan arab. Kat Malaysia ni pun restoran arab tumbuh bak cendawan. Cuma nak cari yang betul-betul rasa kearaban tu mungkin kena ushar betul-betul. Nasi mandy tu yang sebenar-benar rasa sedap jika dimasak arab style ialah dengan menggunakan dapur bawah tanah... Tak semua restoran timur tengah kat sini buat dapur macam tu
Kalau nak belajar resipi dalam tv , boleh tengok rancangan masak chef amar tu , masak dari hati , masak with iman. Syok tengok dia masak
Sedapnyaa !
ReplyDeleteWah! Macam2 jenis ye makanan arab ni.. Yang pernah makan pon ala2 kebab tu je la.. Lain2 tak pernah..
ReplyDeleteRosmizaAli.Com
Punya nak tau shawarma tu apa. Kebab rupanya. hehe . tetiba teingin pulak. hm hm
ReplyDelete