30 June 2016

Tak Semestinya Dapat Seribu Bulan

Orang Arab hari-hari dalam percakapan mereka dan bersembang suka sangat sebut ayat sumpah...والله   WAllohi / WAlloh.. sikit sikit WAlloh... sikit sikit sumpah

Namun ayat sumpah yang selalu meniti di bibir mereka itu bukan lah sumpah sungguh atau makna kata nak bersumpah untuk menafikan tuduhan jenayah syariah atau sumpah nak menjadi saksi yang benar. Itu hanyalah nak memberitahu bahawasanya dia bersungguh-sungguh dalam bercakap sepertimana diorang memang bersungguh dalam banyak hal. Cara berjalan, bercakap , main bola, bersahabat , meraikan tetamu

Kalau bergaduh pun mereka bersungguh jugak. Kaw kaww gaduhnya, kita pulak yang risau tengok. Tapi orang arab hati nuraninya lembut, gaduh habis disitu sahaja. Tak ada dendam, kadang-kadang lepas berbalah tu, boleh jadi sahabat baik macam tak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya

Begitu la juga bila orang arab sebut :-

" ana uhibbuka/uhibbuki alfu shahr "
((aku sayang kamu sampai seribu bulan))

Ia bukan la bermaksud betu-betul sampai kiraan seribu bulan hidup. Sangat mustahil la (dengan kuasa Allah jua) manusia akhir zamn ni hidup sampai 1000 bulan

Ungkapan itu bermaksud betapa sungguh-sungguhnya dia, sangat sangat sangat sayangnya kepada orang yang dia ucapkan tersebut... sampai tak terkira banyaknya , sampai mustahil terhitung dengan kiraan angka oleh manusia

Begitu juga apabila Allah mengungkapkan 1000 bulan dalam surah AlQadr

Adakah Allah Mampu Memberi setakat 1000 bulan sahaja?

Tidak..!

Alfu shahr dalam surah AlQadr itu bermaksud أَبَدًا (abadan - selama-lamanya, sebanyak-banyaknya) . Maksudnya , Allah dengan segala Kekuasaan, Kehendak dan Kasih SayangNya , Maha Memberi , Maha Mampu Menghadiahkan lebih dari itu, 2000 bulan, 3000 bulan , 4000 atau lebih lagi, sehingga SEINFINITI ganjaran

Dan....

Allah jua Maha Berkuasa Memberi ganjaran cuma 1 bulan , 200 bulan dan nilaian-nilaian angka lain yang tak sampai 1000 bulan pun di Malam Alqadr itu. Ia sangat bergantung kepada keikhlasan para hambaNya

Semoga amalan kita semua diterima dan diredhaiNya

Antara DOA UNTUK MEMOHON LAILATUL QADR

Salamun hiya hatta matla'el fajr

Selamat berpuasa

1 comment:

  1. Semoga kita berpeluang beroleh Lailatul Qadar itu,aminnn

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.