Bulan ini mesti ada resipi berbuka puasa simple dalam ni. Almaklumlah bulan puasa. Duk layan baram (bazaar Ramadhan) pun cemuh jugak... Sebahagiannya kualiti ala kadar (maaf la cakap ye) ... Lebih enak masak sendiri.. Menu atau resipi berbuka puasa simple versi aku mudah semudah mudahya. Kadang-kadang tak plan pun. Selongkar apa yang ada dalam peti je.. pandai-pandai la nak improvisasi.. hehe
Resipi Berbuka Puasa Simple
Kali ni buat wrap & roll. Kebetulan ada roti wrap massimo dalam peti tu. Alaa entri tadi kan cerita fasal shawarma tepi jalan tu. Sekarang terus rasa nak buat wrap ala-ala shawarma la
Bahan utama pun senang je. Wrap, ayam, telur.. Perasakan dengan kicap manis, sos tiram dan sos lada hitam. Masak kering dan tidak berkuah sangat
Panaskan roti wrap dalam kuali ajaib
Ayam ni sebenarnya yang beli semalam di bazaar.. ayam goreng berempah. Daripada membazir begitu sahaja, baik fikir idea nak masak.. haa..
carik-carikkan ayam tu dan panaskan dalam magic pan
Masukkan sos lada hitam , sos tiram , kicap manis. Add on sedikit sos thousand island pun boleh..
Dalam 10 minit camtu, masukkan telur dan gaul sekali
Dah siap letak dalam roti wrap... Lepas tu roll kan dia.. Sepatutnya nak tambah salad & keju cheddar. Tapi semua dah habis stok dalam peti. Redha je la
Ready... 1...2...3
bunyi azan...
Allahu Akbar... Allahu Akbar !
Sedikit pesanan penaja. Cadangan waktu hidangan tidak tertakluk pada tajuk. Boleh sahaja dihidangkan ketika sahur atau moreh atau hari raya pun boleh kot
Selamat berpuasa
Simple..sedap dan jimat...boleh ditambah sayuran juga ni..
ReplyDeleteaduhhh..nampak cam sedap je resipi..nnti nk try buat lah..
ReplyDeletewahhhh senang ,bagus tak membazir
ReplyDelete