18 December 2015

PERIBAHASA ARAB MUDAH

Lagi peribahasa atau pepatah arab mudah. Atau dalam bahasa arena pendidikan di sebut mahfuzat. Ia kesinambungan dari entri PERIBAHASA ARAB. Ala ala enti bersiri gitu. Buat sebab ada permintaan

Untuk adik-adik yang nak sambung belajar ke sekolah arab nanti boleh cuba-cuba start hafal la ye. Dipersilakan print out dan share. Nantikan satu lagi siri terakhir peribahasa arab ni. Ok


. فيِ التَّأَنِّي السَّلاَمَةُ وَفيِ العَجَلَةِ النَّدَامَةُ . 
Di dalam hati-hati itu adanya keselamatan, dan di dalam tergesa-gesa itu adanya penyesalan. 

   ثَمْرَةُ التَّفْرِيْطِ النَّدَامَةُ وَثَمْرَةُ الحَزْمِ السَّلاَمَةُ. 
Buah sembrono/lengah itu penyesalan, dan buah cermat itu keselamatan. 

 الرِّفْقُ بِالضَّعِيْفِ مِنْ خُلُقِ الشَّرِيْفِ  
Berlemah lembut kepada orang yang lemah itu, adalah suatu perangai orang yang mulia (terhormat). 
فَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا . 
Pahala/imbalan suatu kejahatan itu adalah kejahatan yang sama dengannya. 

 تَرْكُ الجَوَابِ عَلىَ الجَاهِلِ جَوَابٌ  
Tidak menjawab terhadap orang yang bodoh itu adalah jawabannya. 

 مَنْ عَذُبَ لِسَانُهُ كَثُرَ إِخْوَانُهُ
Barang siapa manir tutur katanya (perkataannya) banyaklah temannya

إِذَا تَمَّ العَقْلُ قَلَّ الكَلاَمُ . 
Apabila akal seseorang telah sempurna maka sedikitlah bicaranya

 مَنْ طَلَبَ أَخًا بِلاَ عَيْبٍ بَقِيَ بَلاَ أَخٍ 
Barang siapa mencari teman yang tidak bercela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman.b 

 قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا . 
Katakanlah yang benar itu, walaupun pahit. 

 خَيْرُ مَالِكَ مَا نَفَعَكَ .
Sebaik-baik hartamu adalah yang bermanfaat bagimu.

 خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا .
Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja)

  لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ وَلِكُلِّ مَقَالٍ مَقَامٌ . 
Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.

 إِذاَ لمَ ْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ 
Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki)

 لَيْسَ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ فَقِيْرًا بَلِ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ بَخِيْلاً .
Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir

 لَيْسَ اليَتِيْمُ الَّذِي قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ بَلِ اليَتِيْمُ يَتِيْمُ العِلْمِ وَالأَدَبِ 
 Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti

 لِكُلِّ عَمَلٍ ثَوَابٌ وَلِكُلِّ كَلاَمٍ جَوَابٌ 
Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya

 وَعَامِلِ النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ مِنْهُ دَائِماً 
 Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya

 هَلَكَ امْرُؤٌ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ 
Hancurlah seseorang yang tidak tahu dirinya sendiri

. رَأْسُ الذُّنُوْبِ الكَذِبُ
Pokok dosa itu, adalah kebohongan

مَنْ ظَلَمَ ظُلِمَ 
Barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya

 لَيْسَ الجَمَالُ بِأَثْوَابٍ تُزَيِّنُنُا إِنَّ الجَمَالَ جمَاَلُ العِلْمِ وَالأَدَبِ 
Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan

 لاَ تَكُنْ رَطْباً فَتُعْصَرَ وَلاَ يَابِسًا فَتُكَسَّرَ 
 Janganlah engkau bersikap lemah, sehingga kamu akan diperas, dan janganlah kamu bersikap keras, sehingga kamu akan dipatahkan

 مَنْ أَعاَنَكَ عَلىَ الشَّرِّ ظَلَمَكَ 
 Barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu.

 أَخِي لَنْ تَنَالَ العِلْمَ إِلاَّ بِسِتَّةٍ سَأُنْبِيْكَ عَنْ تَفْصِيْلِهَا بِبَيَانٍ: ذََاءٌ وَحِرْصٌ وَاجْتِهَادٌ وَدِرْهَمٌ وَصُحْبَةُ أُسْتَاذٍ وَطُوْلُ زَمَانٍ
 Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas : 
1). Kecerdasan 
2).Ketamakan (terhadap ilmu) 
3). Kesungguhan 
4). Harta benda (bekal) 
5). Mempergauli guru 
6). Waktu yang panjang


 العَمَلُ يَجْعَلُ الصَّعْبَ سَهْلاً 
Bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah


 مَنْ تَأَنَّى نَالَ مَا تَمَنَّى 
Barang siapa berhati-hati niscaya mendapatkan apa-apa yang ia cita-citakan


4 comments:

  1. salam jumaat ...pepatah arab yg indah n tepat maknanya.

    ReplyDelete
  2. sekarang banyak kebenaran di persalahkan

    ReplyDelete
  3. sekarang hanya menganut rasio saja tanpa di dasarkan agama

    ReplyDelete
  4. Sama2 belajar peribahasa arab

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN