bahejabella: 2 TIPS MUDAH BUANG ANGIN DALAM BADAN

2 TIPS MUDAH BUANG ANGIN DALAM BADAN

/
7 Comments
November 30, 2015
Selain entri bermusim seperti semakan upsr dan indeks pencemaran udara, entri paling hits dalam bahejabella.com masih lagi kukuh gah bertakhta ialah cara buang angin medu dan sebu perut . Banyak juga persoalan bertubi-bertubi yang diterima mengenai suplimen masalah angin dalam badan ni. Terima kasih kerana mencari saya. Allah jualah Yang Maha Memberi Sembuh. Boleh saja kalau tak nak cuba suplimen pun , tiada desakan dan paksaan, ada sekelian banyak petua tradisi di internet boleh untuk diamalkan

Ok la. Tempoh hari aku ada pergi berurut dengan tukang urut professional, dipercayai lagi bertauliah. Tukang urut lelaki ok. Sudah berkahwin dan beranak pinak. Beliau pakar dalam bidang urut saraf ni. Ngeri punya masalah angin dalam badan aku , berketul-ketul katanya. Banyak kali juga la aku mengerang kesakitan dek urutan sarafnya itu yang terasa sakitnya bukan kepalang. Ini baru betul , nak urut biar rasa sakit-sakit sampai ke urat dalam badan. Katanya angin telah lama berkumpul dalam tubuh badan aku ni ha tak keluar-keluar

Dalam duk sembang-sembang tu , beliau memberi 2 tips mudah buang angin dalam badan . Angin juga terkait sedikit sebanyak dengan saraf. Dia yang cakap ye. Rasanya korang semua pernah dengar kan tips ni. Dari zaman remaja lagi dah dengar atau terbaca dalam majalah. Mungkin ini boleh recall semula


1. ELAKKAN AIS ( AIR BATU )

Yang enak itu bisa. Walaupun pernah terbaca artikel Dr Ismail Thamby dalam harian metro katanya ini hanya mitos, tapi bagi aku apa yang beliau (tukang urut) ni pesan adalah berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dia ada. Kalau tak percaya , korang kan boleh rasa sendiri , bila amal minum ais banyak-banyak , kesan pada tubuh lebih sihat atau sebaliknya? Rasa sendiri. Kalau tak boleh nak rasa , cuba tanya orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam hidup. Majoritinya haruslah untuk tidak pilih ais

Aku  memang hantu ais. Pukul 7.30 pagi pun kadang-kadang dah boleh pekena teh ais , milo ais.. hehe...kadang-kadang la.  Pukul 12 malam pun boleh. Kalau tengah hari cuaca panas , boleh la consider kan. Ini sehari sampai 5 - 6 gelas. Mana mahunya tak cepat tua, cepat sakit urat sana sini kan. Sebenarnya dah tahu ais tu amat bisa untuk tubuh , mak pun selalu je pesan. Tapi ye lah kan , menda nikmat mana boleh tahan. Asyik nak melayan je lidah dan tekak ni ha. Lepas tukang urut ni bagi amaran , baru nak insaf semula. Aku cuba sedaya upaya ok. Yang sejuk-sejuk pun beliau larang minum , kalau boleh amal minum yang suam-suam sahaja

2.  MULAKAN MANDI DARI BAWAH

Selalunya main redah je mandi. Biasa mula dari atas la. Dari kepala sampai kaki. Kalau kat swimming pool lagi lah redah lintang pukang tak ingat dunia. Kalau mandi duduk , sah-sah lah mula dari atas kepala. Lepas ni beliau pesan suruh mandi bermula dari anggota badan yang bawah. Dari kaki sampailah ke atas. Balik rumah terus amal. In sya Allah , cuba istiqamah

Selamat beramal!

Petua atau amalan tradisi pun banyak. Kalau mahu berikhtiar untuk menggunakan dan mengamalkan cadangan suplimen mengatasi masalah buang angin dalam badan pun boleh. Testimoni paling win ialah perkongsian ikhlas seorang akak customer ni yang rasa macam nak terbang selepas amal vivix : customer aku boleh terbang


Yang ni harus cuba : 


Baca : 


BACA : 

BACA :


Allah Maha Penyembuh

Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director

FB : Muhammad Nizam
sms/whatsapp : 013 976 1627

EMEIL : alluana35@gmail.com



You may also like

7 comments:

  1. wah nak cubalah mandi terbalik tu...

    ReplyDelete
  2. petua mudah n baik di jadikan amalan.

    ReplyDelete
  3. Dua2 tu memang saya selalu amalkan tp xtaw pulak boleh buang angin.. ehehe

    ReplyDelete
  4. banyak manfaat rupanya mandi dari kaki ke atas dulu. Bukan setakat bagi keluar panas badan je. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. wahh tips yang bagus, lagipun syima memang banyak angun dalam badan. nnt syima try. terima ksh ats tips ;)

    ReplyDelete
  6. Tips berkesan alhamdulillah ats perkongsian

    ReplyDelete