Kenangan manis bulan puasa
Kenangan manis di bulan puasa sebenarnya dah tercerita awal dalam entri kenangan 4 Ramadhan yang lalu iaitu pengalaman pertama pertama kali jadi ayahTak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Dari detik sahur 4 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2011, puan wifey dah rasa sakit-sakit sebenarnya. Nak mengiring tak kena , nak terlentang tak kena. Akhirnya selepas subuh , pergi cek kat klinik desa depan rumah ni. Bila dah nampak tanda-tanda kukuh dan penuh keyakinan yang baheja akan dilahirkan,tanpa berlengah lagi, terus ke hospital besar
Nasib baik dah packing persediaan awal semua barang-barang keperluan. Ambik beg campak dalam kereta. Ya ampun , kena redah jalan raya time orang berbondong-bondong nak keluar pergi kerja , 7.30 pagi. Giler sesak. Dalam duk kelam kabut dan panik tu , sampai boleh tertumpah minyak selusuh yang nak diminum
Sampai hospital , macam biasa parking penuh , aku suruh puan wifey naik hospital dulu dengan tokma. Buat apa yang patut sementara aku cari parking
Sampai je aku di wad , kena turun pulak sekali lagi , nurse suruh sahkan bayaran wad dulu. Masa tu aku dalam praktikal cikgu lagi. Belum sepenuhnya jadi penjawat awam. Jadi tak boleh la nak duduk wad free kisahnya. Bayar wad dulu , baru boleh masuk kamar bersalin. Leceh tak?
Mula-mula proses meneran tu, bidan , nurse tak benarkan lagi aku masuk kamar bersalin. Di tengah-tengah perjuangan puan isteri nak proses bersalin tu , baru la diorang panggil aku masuk , katanya kena bagi semangat. Ye aku dengan semangat dan berkobar-kobarnya memegang erat si dia , habis semua ayat duk baca. Entah apa yang aku baca pun tak ingat
Dalam masa yang sama , paling annoying saat itu ialah kami dikelilingi seramai lebih kurang 20 orang nurse pelatih. Diorang sama - sama bagi semangat. " go puan go puan ".. Macam pom pom girl pulak aku tengok. Ok la nak bagi semangat. Tapi aku sedikit rasa tak selesa sebenarnya. Geram pun ada. Maruah isteri tu kan. Kita ni dah la pemalu. Nak berdrama bersyair bersajak depan nurse-nurse pelatih tu semua pulak. Stress sungguh. Nasib baik juga dapat doktor perempuan
Alhamdulillah akhirnya baheja selamat dilahirkan lebih kurang 8.40 pagi. Selesai perjuangan. Time nak azan pun , tengok kiri kanan , line clear agak-agak nurse pelatih dah keluar, barulah aku azan dan iqamah. Tak percaya aku dah jadi ayah. Masa tu bagaikan seluruh dunia aku yang punya
baheja ketika beberapa hari |
baheja berusia beberapa bulan |
#Cabaran20Hari #Day6
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari
Untungnya husband boleh masuk waktu deliver. Saya deliver dekat UM, husband tak boleh masuk. :(
ReplyDeleteAnyway, jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!
tak boleh masuk langsung? kat sini rata2 boleh masuk... anak kedua deliver kat swasta , pun boleh masuk
DeleteKebanyakan sekarang boleh masuk melainkan operate
Deletepergh sedihnyaa tiada suami kat sisi time bersalin.cewah mcm pernah lalui je kan hahahah
DeleteSy 2x beranak suami xboleh msk...huhu
ReplyDeletekenapa tak boleh masuk?
DeleteSy 2x beranak suami xboleh msk...huhu
ReplyDeleteYe aku dengan semangay dan berkobar-kobarnya memegang erat si dia , habis semua ayat duk baca. SEMANGAY..punya semangat menaip :p
ReplyDeletebiasalah taip kat kul doblas ni.. hahaha.... k jap edit
DeleteTypo hehehe
Deletepatut lah dah edit. tadi tak nmpk pulak typo hehehe
DeleteHilang rasa sakit bila dapat sentuh anak sendiri.. ;)
ReplyDeleteHilang rasa sakit bila dapat sentuh anak sendiri.. ;)
ReplyDeleteComelnya baby macam saya :p
ReplyDeleteAlalala comelnya baheja :)
ReplyDeleteSo sweet kisah ini tahniah dah jadi bapa, moga jadi bapa yang penyayang yea :)
ReplyDeletese'geng nagn cinta....cinta lahir 10 ramadhan .....jenuh hooo nak ganti puasa.....sib bek abg dd teman sekali ......tahniah ijammmmm
ReplyDeletelong.. pandai x kitorang plan?.. nak suruh korang ganti puasa banyak2.. hahaha
Deleteallahuakbar.mesti indah kan perasaan masa laungkan azan iqamat di telinga baheja kan? hehe.btw comelnya babyy baheja! :D
ReplyDeleteAlhamdulillah .. semangat dari suami tu yang buat isteri lebih kuat
ReplyDelete