03 July 2015

#Cabaran20Hari Kenangan Manis Bulan Puasa

Kenangan manis bulan puasa

Kenangan manis di bulan puasa sebenarnya dah tercerita awal dalam entri kenangan 4 Ramadhan yang lalu iaitu pengalaman pertama pertama kali jadi ayah

Tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Dari detik sahur 4 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2011, puan wifey dah rasa sakit-sakit sebenarnya. Nak mengiring tak kena , nak terlentang tak kena. Akhirnya selepas subuh , pergi cek kat klinik desa depan rumah ni. Bila dah nampak tanda-tanda kukuh dan penuh keyakinan yang baheja akan dilahirkan,tanpa berlengah lagi, terus ke hospital besar

Nasib baik dah packing persediaan awal semua barang-barang keperluan. Ambik beg campak dalam kereta. Ya ampun , kena redah jalan raya time orang berbondong-bondong nak keluar pergi kerja , 7.30 pagi. Giler sesak. Dalam duk kelam kabut dan panik tu , sampai boleh tertumpah minyak selusuh yang nak diminum

Sampai hospital , macam biasa parking penuh , aku suruh puan wifey naik hospital dulu dengan tokma. Buat apa yang patut sementara aku cari parking

Sampai je aku di wad , kena turun pulak sekali lagi , nurse suruh sahkan bayaran wad dulu. Masa tu aku dalam praktikal cikgu lagi. Belum sepenuhnya jadi penjawat awam. Jadi tak boleh la nak duduk wad free kisahnya. Bayar wad dulu , baru boleh masuk kamar bersalin. Leceh tak?

Mula-mula proses meneran tu, bidan , nurse tak benarkan lagi aku masuk kamar bersalin. Di tengah-tengah perjuangan puan isteri nak proses bersalin tu , baru la diorang panggil aku masuk , katanya kena bagi semangat. Ye aku dengan semangat dan berkobar-kobarnya memegang erat si dia , habis semua ayat duk baca. Entah apa yang aku baca pun tak ingat

Dalam masa yang sama , paling annoying saat itu ialah kami dikelilingi seramai lebih kurang 20 orang nurse pelatih. Diorang sama - sama bagi semangat. " go puan go puan "..  Macam pom pom girl pulak aku tengok. Ok la nak bagi semangat. Tapi aku sedikit rasa tak selesa sebenarnya. Geram pun ada. Maruah isteri tu kan. Kita ni dah la pemalu. Nak berdrama bersyair bersajak depan nurse-nurse pelatih tu semua pulak. Stress sungguh. Nasib baik juga dapat doktor perempuan

Alhamdulillah akhirnya baheja selamat dilahirkan lebih kurang 8.40 pagi. Selesai perjuangan. Time nak azan pun , tengok kiri kanan , line clear agak-agak nurse pelatih dah keluar, barulah aku azan dan iqamah. Tak percaya aku dah jadi ayah. Masa tu bagaikan seluruh dunia aku yang punya

baheja ketika beberapa hari
baheja ketika beberapa hari

baheja beberapa bulan
baheja berusia beberapa bulan




#Cabaran20Hari #Day6
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari


20 comments:

  1. Untungnya husband boleh masuk waktu deliver. Saya deliver dekat UM, husband tak boleh masuk. :(

    Anyway, jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh masuk langsung? kat sini rata2 boleh masuk... anak kedua deliver kat swasta , pun boleh masuk

      Delete
    2. Kebanyakan sekarang boleh masuk melainkan operate

      Delete
    3. pergh sedihnyaa tiada suami kat sisi time bersalin.cewah mcm pernah lalui je kan hahahah

      Delete
  2. Sy 2x beranak suami xboleh msk...huhu

    ReplyDelete
  3. Sy 2x beranak suami xboleh msk...huhu

    ReplyDelete
  4. Ye aku dengan semangay dan berkobar-kobarnya memegang erat si dia , habis semua ayat duk baca. SEMANGAY..punya semangat menaip :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah taip kat kul doblas ni.. hahaha.... k jap edit

      Delete
    2. patut lah dah edit. tadi tak nmpk pulak typo hehehe

      Delete
  5. Hilang rasa sakit bila dapat sentuh anak sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  6. Hilang rasa sakit bila dapat sentuh anak sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  7. Comelnya baby macam saya :p

    ReplyDelete
  8. Alalala comelnya baheja :)

    ReplyDelete
  9. So sweet kisah ini tahniah dah jadi bapa, moga jadi bapa yang penyayang yea :)

    ReplyDelete
  10. se'geng nagn cinta....cinta lahir 10 ramadhan .....jenuh hooo nak ganti puasa.....sib bek abg dd teman sekali ......tahniah ijammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. long.. pandai x kitorang plan?.. nak suruh korang ganti puasa banyak2.. hahaha

      Delete
  11. allahuakbar.mesti indah kan perasaan masa laungkan azan iqamat di telinga baheja kan? hehe.btw comelnya babyy baheja! :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah .. semangat dari suami tu yang buat isteri lebih kuat

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.