bahejabella: 22 TANDA ANGIN DALAM BADAN

22 TANDA ANGIN DALAM BADAN

/
13 Comments
December 04, 2016
Sungguh derita dan seksa jiwa raga kan kalau terkena angin dalam badan ni. Tanda-tanda angin dalam badan ini mungkin pernah anda alami. Ini semua saya kumpulkan dari orang yang berkongsi dalam facebook atau page mereka, pengamal perubatan tradisional, tukang urut profesional dan juga rakan-rakan yang selalu berkongsi kisah mereka termasuklah customer saya

22 TANDA ANGIN DALAM BADAN

1 - Selalu kelesuan , keletihan atau tidak bertenaga walaupun tak buat kerja berat
2 - Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
3 - Tapak tangan / kaki berasa sejuk walaupun bukan musim sejuk
4 - Selalu menguap/mudah mengantuk walaupun sudah cukup tidur
5 - Sukar untuk bernafas atau nafas pendek-pendek / tak puas bernafas
6 - Rasa tegang/ketat di tengkuk dan pinggang, tak keruan
7 - Kulit kering
8 - Sakit kepala atau migrain, selalu denyut-denyut kepala, stress
9 - Perasaan mudah marah, hal kecil pun nak melenting, sikit-sikit nak marah
10 - Hilang selera makan
11 - Hilang/kurang nafsu seks
12 - Ketidakselesaan badan , sebu perut , gelisah
13. Selalu fikir nak mati, pucat
14. Perasaan takut tak bersebab / terketar-ketar / kadang boleh sampai berguling menahan sakit
15. Selalu berdebar-debar tak tahu punca, kadang-kadang berhari-hari juga
16. Semput, badan menggeletar
17. Selalu sendawa walaupun bukan kekenyangan / kentut pun ye jugak
18. Kembung perut, sapu minyak pun tak jalan
19. Senak ulu hati
20. Tiba-tiba nak muntah walaupun bukan simptom alahan mengandung
21. Hidup selalu tak tenang, gelisah dan tak keruan
22. Kalau gastrik, terlalu kenyang tak boleh, terlalu lapar pun tak boleh
22 TANDA ANGIN DALAM BADAN
sakit tak keruan

Makanan Berisiko Menyebabkan Angin Dalam Badan

Setakat yang diketahui dari orang yang mengalami atau pernah menderita sakit angin :-

1- Makanan sejuk , termasuk lah buahan atau sayuran bersifat sejuk, termasuklah juga yang disimpan di dalam peti... (ermmm tembikai sejuk-sejuk sedap kan)
2- Air gas dan ais batu... (ais tu my favourite...haha)
3- Minuman bercafein..termasuk lah minuman 3 in 1... laani siap ada 6 in 1 kan
4 - Makanan berkolesterol tinggi dan berminyak banyak sangat

BACA LAGI :- 

Tips Buang Angin Dalam Badan


1- Berdoa, kuatkan semangat, mintak sungguh-sungguh dengan Tuan kita, Allah.. Tuhan nak kita merendah diri, nak suruh kita pohon, tunduk dan rasa hamba

2- Hospital, pergi dapatkan rawatan doktor dan dengar serta ikut apa nasihat doktor. Jangan sesekali abaikan nasihat mereka. Makan ubat 

3- Berurut. Jumpa tukang urut professional. Urut ni sakit dan perlu melakukannya secara berkala, kena pergi 3 - 4 kali jugak. Ikut petua tukang urut professional jika mereka menasihati sesuatu. Petua atau amalan tradisi juga penting untuk kesihatan

4. Tinggalkan ais. lupakan terus dalam hidup... cuba ok, cuba... dan jaga makan

5. Mandi bermula dari bawah ke atas (dari kaki barulah naik sampai ke kepala)

6- Minum air halia, air teh campur halia pun boleh. Rebus halia pun ok. Apa-apa yang berasaskan halia.. minum banyak-banyak dan konsisten

7. Bawang putih. Telan begitu sahaja.. baru kawww... !! Rebus pun boleh



22 TANDA ANGIN DALAM BADAN
SET LENGKAP BUANG ANGIN DALAM BADAN






DAN SEMUA KISAH ANGIN DALAM BADAN : DISINI




ALLAH JUALAH YANG MAHA MEMBERI SEMBUH

INFO LANJUT :- 013 976 1627

alluana35@gmail.com




You may also like

13 comments:

  1. Perkongsian yang baik sekali..
    AM kekadang ada juga angin dalam badan..
    Isteri pun kekadang picit sikit pun dah sendawa..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kc pulak.. selalu picit orang yang berangin dalam badan hahaha.

      Delete
  2. perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete
  3. Sy pun mmg ada mcm malas2 padahal dh cukup tidur. Oh rupanya tu pun tanda2 angin dalam badan eh

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. tanda2 angin dalam badan no.4 tu selalu jugak la hahaha. tapi no13 tu ada gak fikir tentang mati tapi takdelah pucat hehe.

    ReplyDelete
  5. Byk tanda2 tu ada dkt cn ��

    ReplyDelete