bahejabella: MAK SEORANG PENIPU

MAK SEORANG PENIPU

/
13 Comments
May 11, 2015

MOM IS A LIAR

1 - Mak seorang penipu , kami bukan orang senang , ayah kerja pemandu di sebuah pejabat kerajaan , aku pernah tengok slip gaji ayah dulu hanyalah tak sampai RM 500. Mak berniaga macam-macam nak tampung kehidupan kami sekeluarga , mak jual sate , mak berniaga kain batik dari rumah ke rumah , mak bukan penduduk asal daerah & negeri kami , tapi mak boleh survive tanpa ada saudara mara (susur galur saudara mak) di daerah ini. Mak cakap mak bahagia kerja kuat siang malam , tapi kami tahu cita-cita mak selalu cakap nak jadi pensyarah , profesor. Cita-cita mak tak kesampaian sebab tak belajar tinggi akibat desakan hidup zaman kecil

2 - Dulu , sebagai anak-anak yang masih kecil , kami selalu minta itu dan ini , pernah satu ketika kami nak makan mee goreng. Tiada mee dalam rumah waktu itu. Tapi kami tahu mak sanggup buat apa sahaja untuk anak , mak gorengkan laksa supaya menjadi seperti mee goreng , walaupun laksa itu ialah laksa semalam yang tak habis

3 - Selalu juga ayah outstation , tak balik rumah untuk tempoh dua tiga malam kerana tuntutan kerja. Mak tipu cakap mak tak takut. mak berani. Tapi kami selalu nampak mak letak parang dan golok di tepi bahu mak sebelum tidur untuk langkah berjaga-jaga dari segala kemungkinan. Selalu juga mak panggil jiran untuk tidur di rumah menemani kami. Terima kasih mak untuk segala daya mampu mak meindungi kami

4 - Rumah kami dulunya sederhana sahaja . Belakang dapur ada bukit dan semak. Mak tipu cakap mak kuat. Mak cakap mak berani . Tapi aku nampak sendiri ketakutan mak ketika bergelut dengan ular. Aku nampak ular melingkar atas kaki dan peha mak. Dapat rasa getar-getar dada mak. Aku nampak mak terkumat-kamit berdoa , pejam mata bersungguh-sungguh sambil doa dan tak dapat melakukan apa-apa. Mak tak bagi kami dekat . Mak suruh kami pergi jauh dari dapur, mak bertaruh nyawa . Ya Allah , syukur Tuhan, mak masih selamat 

5. Tahun 1993 , kakak sulung kami berjaya mendapat dua tawaran sambung belajar , universiti malaya dan maktab perguruan , mak berbelah bagi kerana memikirkan kos perbelanjaan. Akhirnya mak sewa van untuk kami sekeluarga pergi Kuala Lumpur hantar kakak ke UM. Mak cakap mak ada cukup duit, tapi kami tahu mak hanya ada RM 500 waktu itu. Kami tahu sebab kami terbaca karangan mak semasa mak menulis untuk ucapan anugerah ibu mitahli

6 - Mak memang selalu buat apa saja , selalu saja cakap mak sanggup itu sanggup ini , tapi  kuat manalah kudrat seorang wanita. Setiap hari sabtu mak pergi pasar minggu untuk beli barang keperluan rumah , jarak pasar dari rumah lebih kurang 6 - 7 kilometer. Mak tunggang basikal seorang diri. Basikal tua. Sekali balik dari pasar , memang banyak barang yang mak beli , sayur-sayur , makanan , buah , bahan mentah . Tak cukup raga depan basikal , penuh barang kiri kanan dan belakang tempat duduk penumpang. Mak bawak basikal tu sesorang. Kalau mak beli buah rambutan, duku , manggis , buah-buahan ni kena catu. Mak agih-agihkan sama banyak antara kami adik beradik. Tapi mak cuma ambik sedikit sahaja untuk bahagian mak. Cukup-cukup untuk mak rasa dan hilang kempunan. Kami pula makan untuk kenyang. Kesian mak

7 - Aku pernah lalui zaman memberontak. Zaman kononnya anak muda baru nak up , baru nak kenal dunia ( tapi bukanlah kes dadah ke apa). Entah berapa banyak kali bertelingkah dengan mak sebab isu kecil , entah berapa banyak kali berselisih faham dengan mak , entak berapa banyak kali aku melukakan dan menggores perasan mak , mungkin banyak  mak terasa hati dengan aku. Tapi mak tetap mak kan. Mak cakap mak ampunkan dosa anak-anak mak. Mak tak dendam , tapi aku rasa goresan-goresan kecil mungkin ada lagi bekas di hati mak. Mak , ampuni dosaku , ampun dosa kami

8 - Tahun demi tahun , mak berniaga dan berkembang maju sehinggalah dikenali seantero daerah kami. Tapi tak semudah itu laluan yang mak tempuh untuk dapat apa yang dinikmati sekarang. 6 bulan permulaan bisnes , mak tak tidur lena. Kepada Allah mak mengadu siang malam. Kejayaan bukan datang bergolek golek. Macam-macam yang mak tempuh. Sehinggalah dugaan besar berlakunya peristiwa dikatakan mak terkena sihir. Orang melayu memang tak habis dengan hasad dengki. Mak tak menangis dan tak menunjukkan rasa kelemahan. Tapi aku tahu dalam perasaan mak penuh dengan rasa kekecewaan dan kesedihan. Mak pernah cakap , mak rasa nak bertempik dan meraung untuk gambarkan perasaan mak ketika itu. Mujurlah mak kuat akidah. Tahun ni tahun kami menangis tengok apa yang mak lalui

9 - Tahun 2008 ialah tahun kehilangan. Ayah meninggal. Kompilasi diabetis. Tahun ni aku masih belajar lagi di Kaherah. Mujurlah kebetulan aku pulang bercuti. Tak sampai seminggu aku bercuti di rumah , ayah meninggal. Ayah menghembuskan nafas akhir di pangkuan aku . Aku yang peluk ayah, aku yang ajar syahadah. Pilu tak terkata. Mak hilang suami , teman , tempat bergantung harap , mengadu dan bercerita. Ada yang nak perkenalkan mak dengan lelaki duda. Mak cakap mak taknak cinta , mak taknak lelaki , mak cuma nak anak-anak mak


Terima kasih mak atas segala pengorbanan mak , jerit perih mengandung , menyusu , membesarkan dan mendidik kami. Terima kasih mak jadi guru pertama kami. Terima kasih mak jadi orang pertama ajar kami mengaji. Terima kasih mak kerana selalu ada di sisiku setiap kali aku terkena sakit sawan waktu kecil. Terima kasih mak kerana sehabis daya cuba menunaikan kehendak yang mungkin tak masuk akal waktu kami kecil. Terima kasih mak atas segala curahan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Terima kasih mak kerana menjadi mak yang terbaik di dunia buat kami. Terima kasih mak kerana memberi peluang kami jadi anak mak

Ya Allah , aku saksi segala pengorbanan dan kebaikan mak. Aku saksi segala kasih sayang mak. Aku saksi keikhlasan wanita ini. Ya Allah , Engkau haramkanlah api neraka dari menyentuh ibuku , ayahku. Luaskanlah kubur ayahku , ringankanlah hisab. Ampunkanlah seluruh dosa ibu dan ayahku. Ya Allah , temukan dan himpunkan kami semula di syurga abadiMu. Ameen


ibu mithali
anugerah ibu tunggal mithali parlimen Setiu  yang mak dapat , proud to be your son , mom


Love & Faith



You may also like

13 comments:

  1. Kalau cerita tentang ibu & ayah, mesti mengalir air mata.... :'(

    "Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, dan sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil"
    AminYaRabbal'Alamin~

    ReplyDelete
  2. bertuahnya ibumu yg miliki anak sebaikmu...bukan mudah menjadi ibu perlu berkorban apa saja utk anak2 yg disayanginya...n3 yg menyentuh hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak.. tulis ni sambil air mata berlinang

      Delete
  3. Saya masih teringat suatu ketika dahulu semasa masih kecil dan suka memberontak, perkataan bodoh terkeluar dari mulut saya kerana terlalu degil dan kuat melawan. Tatkala itu juga air mata mak mengalir keluar. Terkejut, saya segera memohon maaf dekat mak. Demi Allah, itulah kali terakhir saya mengeluarkan suara membantah mak. Selepas itu kalau mak marah pun, saya hanya muncungkan bibir atau berlalu pergi. Semoga ibu2 di dunia ini diberi balasan baik setimpal pengorbanan mereka menjaga dan membesarkan kita semua. Amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..... mak is always mak , kan...

      Delete
  4. Kagum dgn ketabahan ibu saudara Nizam. Kasih ibu membawa ke syurga.. semoga kita sentiasa beroleh keberkatan Illahi sbg anak yg sentiasa menghargai jasa ibu kita.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. sweet sangat even dalam kesedihan macam ni. ibu tetap seorang ibu. betul. even susah mana halangan yang datang, ibu tetap akan berusaha melakukan apa sahaja demi keluarganya

    ReplyDelete
  6. terbaik entry abg niez... Rasa nak mengalirkan air mata.... Emak adalah emak... Emak akan sanggup buat apa-apa sahaja untuk anak-anaknya... :)

    ReplyDelete
  7. mak adalah segalanya :')

    ReplyDelete