Belum ada anak pun ujian. Anak satu, ujian. Anak dua , ujian. Apatah lagi tiga empat lima orang dan seterusnya.. Kadang-kadang jadi racun, selepas itu kembali jadi madu penawar hati ... anak adalah anugerah, rezeki dan ujian.
Semasa anak kita kecil, kita timang sambil ajar dia bercakap. Kita sebut satu satu patah kata dan dia ikut. Kita mahu dia cepat pandai bercakap, kita mahu dia respon bila kita soal macam-macam.. Kadang-kadang kita soal soalan yang sama je setiap hari, supaya dia ingat perkataan dan ayat walaupun pelat.. Kita ketawa dengan telatah setiap bait-bait tutur kata yang keluar dari mulut dia kerana kurang jelas...
Dan ... apabila anak kita makin besar, sudah pandai bercakap - kita pula suruh dia diam? Anak kita tanya soalan yang sama berulang kali, kita stress?
.
.
Semalam aku terbaca artikel tanda-tanda anak semakin degil... aku kongsikan..
Awas! Kenali Ciri-ciri Anak Sudah Semakin Degil
Dan ... apabila anak kita makin besar, sudah pandai bercakap - kita pula suruh dia diam? Anak kita tanya soalan yang sama berulang kali, kita stress?
.
.
Semalam aku terbaca artikel tanda-tanda anak semakin degil... aku kongsikan..
5 Tanda Anak Dah Makin Degil
KREDIT : MOHD FHAIS
(beliau social media influencer yang selalu menulis nota kekeluargaan
Jika anak bawah 2 tahun boleh kita pejam mata tapi dah sampai umur 5-6 tahun masih lagi susah nak dengar cakap mak ayah tu maknanya ada masalah tingkah laku yang serius!
Antara tanda yang serius yang kita kena berjaga jaga ialah,
1 - Buat tak tahu bila di panggil
Bukan tak dengar tapi buat buat tak dengar. Bila mak ayah dah hilang AUTORITI dalam diri anak anak, dia anggap kata kata mak ayah ni tak penting.
2 - Tak mahu minta maaf walaupun di suruh
Bila bergaduh atau buat silap di rumah tak mahu akui kesilapan. Walaupun di suruh tetap juga tak mahu sebut maaf. Bila hilangnya "forgiveness sense" dalam diri, anak akan rasa sangat susah untuk sebut maaf.
3 - Susah nak sebut "sayang" pada mak ayah
Tiada empati dalam diri, dan susah nak akui emosi sendiri. Bukan sahaja sebut sayang nak sebut "saya marah" pun dia tak geti. Bila reptile brain "fight" dah berleluasa ini la jadinya.
4 - Selalu melawan cakap
Apa sahaja kita arah ada je jawapannya. Sekali cakap memang tak gerak. Kena bawa rotan baru nak dengar. Sudah! Makin lama begini makin keras la hati anak tu.
5 - Suka bergaduh
Dengan kawan bergaduh, dengan adik beradik bergaduh, dengan mak ayah pun kadang kadang gaduh juga. Pintu bilik di hempas, meja di hentak. Dasyat sangat dah ni.
Ini semua serius! Makin ganas kita didik, makin ganas la anak tu akan jadi.
Sebagai mak ayah kita tak boleh balas apa anak buat. Jangan fokus pada nak kawal anak semata kerana kita akan kecewa.
Didik la anak dengan penuh empati, penuh kelembutan dan penuh kasih sayang.
Otak anak ni ibarat gelas kosong. Apa kita isi dalam gelas tu, itu la yang akan dia teguk setiap hari.
Pejam mata dan tepuk dada, tanya pada diri sendiri apa yang anda nak anak anda jadi. Itu la jawapan yang anda cari selama ini.
No comments:
Post a Comment