27 December 2019

10 Rahsia Mak Umur 71 Tahun Lari 71 Kilometer : Ingat Tips Ke 8

Beberapa hari lepas ada kisah seorang ibu yang sihat berumur 71 tahun dan sentiasa melakukan aktiviti sihat sejak sekian lama. Kali ini beliau ingin menyertai larian sejauh 71km sempena umurnya yang berusia 71 tahun.

10 Rahsia Mak Umur 71 Tahun Lari 71 Kilometer : Ingat Tips Ke 8


Viral bermula apabila anaknya Fatimah Abdul Hamid tweet kepada Permaisuri Agong kita dan Permaisuri respon dan retweet

kredit : siakapkeli

jommm baca kisah mereka.. dan cuba amalkan 10 petua yang diberi..


Aku sesaja je tweet dekat Permaisuri. Ala biasalah bosan² sebab Permaisuri suka layan twitter. Tak sangka plak Permaisuri RT semula. 

Asalnya hobi aku memang suka berlari, dari kecik sampai sekarang aku suka dengan berlari. Hobi aku ni mak ayah sentiasa support tak pernah nak dihalang. Actually mak aku lagi lama masuk larian, cuma sekadar suka² lah, bila arwah ayah masuk keluar hospital mak takde masa nak running, aku masuk running sorang² je, so bila aku balik semula lepas ayah meninggal aku ajak lah mak. Bila ajak mak pun macam boleh je. So dah 2kali percubaan larian, insha Allah misi aku 71KM larian secara kumulatif sempena usia mak. 

So doakan #Misi71KMUntukMak dilaksanakan.

Nah dekat sini aku kongsi kan semula apa petua yang mak amalkan even mak selalu kata mak takde petua. Tapi as anak yang duduk dengan mak dah boleh hafal rutin harian mak ni.

1) Bangun pagi sebelum azan subuh dan mandi waktu pagi kemudian mak solat sunat sebelum subuh. 

2) Mak juga amalkan solat² sunat tak kira lah dekat mana.

3) Mak amalkan makan madu sebelum sarapan. Madu tu dah jadi kemestian, pergi mana pun madu mesti mak bawak. Madu asli ya bukan madu artis yg jual.

4) Mak biasanya waktu pagi tak akan duduk dalam rumah, pagi mak kalau tak ada kelas ngaji, mak akan berkebun. Benda ni dari aku kecik sampai sekarang. Berkebun je hobi mak. 

5) Mak tak makan fast food, burger, air bergas kecuali 100plus (itu pun sesekali), ais. Mak suka minum air suam, dan kopi tak bergula. Mak juga suka minum air buah-buahan. 

6) Mak suka makan makanan yang sihat atau mak masak. Jarang lah kalau beli makanan dekat luar kecuali masa ayah sakit. Mak tak suka masak campur ajinomoto.

7) Mak juga amalkan zikir & baca Al-Quran pada waktu lapang. Time berlari mak akan bawak tasbih sambil berlari. Ini aku fail, aku dengar lagu lagha masa berlari. 

8) Mak amalkan makan ostematrix dan vivix. Yang ni memang mak consume sejak kakak aku bagi. Pernah stock terhenti, mak sakit² sikit. Ni dah ok semula. Aku plak yang rajin sakit².

9) time berlari selalu mak kata "tak payah risau kekuatan mak ni Allah yang bagi", mak kata Allah segalanya yang menjaga mak.

10) Mak orangnya positive. Mak kata dia sombong, tapi kalau time berlari eh mak ni boleh plak berbual entah dengan sapa2 lah mak berbual ni. So aku as anak kalau berlari dah dekat depan (macam biasa aku akan tinggalkan mak) dah tak risau sebab mak akan dapat kenalan time berlari. Mak orangnya ceria je, dan mak kadang buat lawak juga.

Apa² pun doakan mak aku diberikan kesihatan yang baik dan ceria sentiasa.




terima kasih

2 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.