28 December 2019

QUINARA THEME PARK LEBIH MENARIK SEKARANG

Kalau nak ajak anak-anak main kolam best kat Kuala Terengganu ni kat mana? Dulunya kalau tersohor sikit tu di TER Kuala Ibai, Batu Buruk sebelah KFC dan aku rasa satu lagi yang best ialah swimming pool Primula Beach Resort sebab besar dan luas..


QUINARA THEME PARK LEBIH MENARIK SEKARANG


Sekarang ni pulak ada saingan hebat kepada swimming pool tadi iaitu Quinara Theme Park atau sebetulnya Quinara Mini Theme Park.. saiznya tak adalah besar sangat macam Gambang Water Park ataupun Sunway Lagoon.. Yerlaa nama pun mini theme park kan.. Tapi itu sudah cukup untuk anak-anak abuya main air kat sini. Puas hati sangat dah.. Cukuplah tu untuk habiskan masa di hujung minggu


splash pool


Mula dibuka sekitar September 2017 dulunya hanya wujud kolam renang sahaja yang terbahagi area kanak-kanak dan dewasa.. Di sekitarnya pula ada 3 -4 buah cabana/pondok tempat berteduh, canopy besar dan cafe jualan makanan ringan

Quinara Theme Park yang terletak di Tok Jembal, Gong Badak kini lebih menarik, gempak dan meriah dengan tiga bahagian baharu iaitu dua biji slide / gelungsur air dan satu lagi tambahan kolam kanak -kanak dengan curahan air baldi gergasi.. ala-ala kids splash pool gitu. Makin meriah laa sikit berbanding dulu




suasana Quinara Theme Park jam 4.00 petang.. pukul 5.00 tuu makin penuh manusia.. auara dia tu Ma sya Allah... orang ramai balik kampung cuti krismas. Parking pun sesak.. 



Tiket Masuk Quinara Theme Park bermula Januari 2020

RM 10.00 untuk dewasa
RM 6.00 untuk kanak-kanak

Kalau sebelum ni RM 5.00 untuk kanak-kanak dan caj untuk orang dewasa yang hanya nak masuk sahaja (tak mandi) ialah RM 5.00


Pakailah baju mandi yang menutup aurat ye.. tak pakai kain lycra pun takpe.. dibenarkan





budak kecik ni dah pandai berdikari sekarang.. panjat sendiri slide sendiri jer... 




Waktu Operasi Quinara Theme Park

Pagi : 7.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
Petang : 3.00 Petang - 7.00 Petang


lepas mandi main-main air biasalah kelaparan... borong segala makanan yang dijual kat kaunter... fast food ye, tidak digalakkan untuk anak-anak... tapi time tu terdesak... kahkah 



ok jommm main air di Quinara Theme Park!



3 comments:

  1. tu la kan, asal kat theme park di jual fast food ja. makanan luar takleh nk bawak masuk :(

    ReplyDelete
  2. baguslah..yg lelaki dewasa pun kena tutup aurat...

    ReplyDelete
  3. Wah menariknya tempat ni, tak perasan pula time duduk di KT dulu. Sekarang dah pindah ke KL entah bila lah ada peluang nak singgah sini.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.