19 December 2018

MyZakat@8 : Bayar Zakat Perniagaan Dapat Hadiah Menarik


Erti hidup pada memberi. Saat kita memberi dengan kegembiraan, maka kegembiraan itu akan kembali menjadi milik kita, In sya Allah

Sejak kecil, aku dah biasa dengar mak bayar zakat perniagaan. Jumlahnya kedengaran bukan sedikit. Maklumlah orang berniaga. Kita terasa banyak, rugi dan sangat berat untuk tunaikan. Namun disaat kita terasa beban, saat itulah sebenarnya kita perlu rela hati membayarnya untuk mencuci segala harta. Tunaikan hak insan lain yang ada dalam hak kita, harta kita. Hakikatnya semua milik Allah. Hidup pun lebih berkat


MyZakat@8 : Bayar Zakat Perniagaan Dapat Hadiah Menarik


Percaya atau tidak, selepas memberi zakat dan menunaikan hak insan lain yang memerlukan itu, terasa bagai hilang bebanan berat di pundak kita yang selama ini bagai batu besar yang membelenggu. Percaya atau tidak saudara, jika kita tidak menunaikannya, pasti Allah juga akan menghilangkan harta tersebut dengan cara lain. Kalau pun takkan sempit harta, ia akan menyempitkan dada. Macam-macam la nanti masalah kehidupan berlaku

Kempen MyZakat@8  : Taksir, Tunai, Sempurna


Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Sama ada perniagaan berbentuk persendirian, perkongsian, koperasi, syarikat mahupun saham




Lembaga Zakat Selangor sedang mengadakan Kempen MyZakat@8. Taksir, Tunai, Sempurna. Sekaligus berpeluang untuk dapat hadiah sangat menarik berupa komputer riba, telefon, tablet serta saguhati yang lain. Taknak ke? Kempen ini sedang berlangsung dan berakhir pada 31 Disember 2018. Masih sempat ni nak join

In sya Allah, dengan menunaikan zakat , perniagaan anda makin berkembang maju dengan jayanya serta diberkati.  Kempen MyZakat@8 juga menyediakan khidmat taksiran zakat secara percuma


panduan taksiran zakat perniagaan


Syarat Penyertaan :

1)Semua bayaran Zakat Perniagaan di bawah RM50,000 layak menyertai kempen ini. 

2) Pemilihan pemenang akan dibuat melalui e-cabutan dan diaudit 

3) Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau emel 

4) Hadiah layak dituntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pemakluman


Isi penyertaan anda DI SINI :-



Sebarang penyertaan boleh hubungi whatsapp :

Afzalika : 011 2075 4557
Afzalika : 011 2075 4557
Afzalika : 011 2075 4557

atau laman web

https://www.zakatselangor.com.my/

4 comments:

  1. Bagus kempen cam ni, beri inspirasi kepada semua peniaga untuk sucikan keuntungan bisnes

    ReplyDelete
  2. Berkempen sambil beramal.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com