30 December 2018

Tahun Baharu 2019 : Semestinya Traveloka Menjadi Pilihan

Teruja juga dengar kawan aku yang suka travel sana sini bercerita tadi, setiap tahun dia dan kawan-kawan akan ke Thailand untuk celebrate salah satu festival terbesar, iaitu perayaan Songkran. Perayaan Songkran ini adalah untuk menyambut Tahun Baru Thailand dan kalau kita tengok, setiap kali perayaan Songkran ni , akan ada adat penyimbahan air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos

Tahun Baharu 2019 : Semestinya Traveloka Menjadi Pilihan


Di setiap negara atau sesetengah tempat yang menyambut tahun baharu mempunyai budaya, adat dan tradisi tersendiri yang di lakukan sejak turun temurun. Budaya warisan nenek moyang yang mereka pelihara dan lakukan setiap kali menyambut tahun baharu. Percikan bunga api tu biasalah. Yang tersohor ialah street festival antaranya makan 12 biji buah anggur sambil menghitung detik tahun baharu di Spain, melempar tepung warna-warni di India dan festival Songkran di Thailand


Perayaan Songkran


Dorang akan simbah air ke arah orang lain. Adat menyimbah air ni asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" untuk membersihkan patung Buddha dan untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga. Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari untuk berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala
seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang tengah drive.

Oleh sebab taknak terlepas untuk merasai sendiri pengalaman tu, diorang decide untuk pegi ke sana! Semestinya Traveloka menjadi pilihan.!! Web tersohor nak booking flight dan hotel. Murah serta senang untuk membuat perbandingan harga.. 




Semuanya, dihujung jari. Aplikasi ini menawarkan kepada pengguna lebih daripada 100,000 laluan penerbangan dan hotel di Asia Pasifik.. Tambah pulak, website dia yang super-duper easy untuk digunakan. 

Very user friendly. Kalau dulu kena bukak website syarikat-syarikat penerbangan untuk membuat perbandingan harga. Sekarang dengan Traveloka, korang hanya perlu buka satu laman web atau download apps je.

Time perayaan songkran tu, kebanyakan restoran dan kedai ditutup dan hanya pusat membeli-belah utama dibuka untuk perniagaan. Tips untuk korang kalau korang nak ikut berfestival, kenalah sediakan beg yang kalis air untuk simpan telefon dan dompet. 

Korang juga kena sediakan duit untuk beli pistol air semasa di sana dan makin besar pistol air, makin banyak air yang boleh diisi dalam pistol air tu. Besttt, rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak lagi, katanya

Terdapat beberapa tempat yang mesti korang lawati sepanjang festival Songkran di Bangkok seperti Silom, Siam, Khao San, Dunia Tengah dan Central Chidlom. Terdapat kawasan penyimpanan air di kawasan-kawasan ini dan korang boleh mengisi semula pistol air secara percuma.. 

Walaupun korang berjalan, ada kemungkinan besar orang asing akan simbah air kat korang sesuka hati. Well, inilahSongkran dan inilah sebabnya beribu-ribu orang melawat Thailand semasa perayaan air ini. 

Di samping festival air, korang juga boleh menikmati masakan tempatan, membeli-belah dan cuba aktiviti budaya tempatan.  Bab makanan ni memang best la, pior punya orang Thai yang masak. So, jika korang tidak pernah ke Central Chidlom, ini adalah masa untuk check out pusat membeli-belah ni time perayaan Songkran.

Haa kalau korang nak tau, Central Chidlom ni ada menawarkan bengkel pencuci mulut Thai (korang boleh tunjukkan resit membeli-belah untuk penyertaan percuma!). Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar memasak pencuci mulut Thai, korang bolehlah datang ke sini. Korang juga boleh berkunjung ke pameran seni dan budaya. 

Di situ, korang akan dapat mengetahui lebih banyak mengenai sejarah seni dan budaya Thailand. Time kat sana, kami juga tidak lepas peluang untuk mencuba makanan Khao Chae yang sesuai di makan pada musim panas. Ini adalah salah satu hidangan tradisional Thailand yang tak pernah kami try sebelum ini. Apa itu Khao Chae? "Khao" bermaksud "beras" dan "chae" bermaksud "untuk merendam" dan ia hanya bermaksud "beras yang direndam dalam air sejuk".

Sejarah Khao Chae kembali kepada pemerintahan Raja Rama II dan dianggap sebagai "masakan diraja" dan tidak tersedia untuk rakyat jelata. Namun pada hari ni, penduduk tempatan menyiapkan hidangan
ini semasa Festival Songkran sebagai sebahagian daripada ucapan terima kasih. 

Ini adalah sajian tradisional Thai asli yang mesti korang cuba! Korang yang nak pergi Thailand awal-awal tahun ni, jangan lupa main air kat festival songkran tu ya. Ia akan menjadi salah satu kenangan yang korang tidak akan lupa sampai bila-bila.

Selamat bercuti! Jangan lupa terjah web traveloka okay.

5 comments:

  1. mudah skrng banyak yang menawarkan harga murah. tinggal nak pilih n klik saja =D

    ReplyDelete
  2. traveloka mmg best antara semua yang myra personally tried before.

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete
  3. Traveloka ni untuk first time booking pun dah macam-macam diskaun. Sayang Traveloka

    ReplyDelete
  4. Traveloka mmg best sebab dia senaraikan semua yg ad so Kita boleh tgk Mana yg murah

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.