21 October 2018

KAYU KHAMAT GERGASI VIRAL

Alhamdulillah, akhirnya dapat merasa kayu khamat gergasi yang viral dijual di Kuala Berang, Hulu Terengganu tu. Mujurlah ada saing yang baik hati tolong hantarkan kat abuya. Abuya tengok dia sedang bersarapan dalam fb, terus abuya order. Ingatkan main-main jer. Sampai ke sekolah kita dia tolong hantarkan. Terima kasihlah saing. 


KAYU KHAMAT GERGASI VIRAL


Tuu baru namanya saing. Membantu menghilangkan rasa kempunan saingnya yang lain.. lain kali tayang lah lagi dalam fb tu.. boleh aku order lagi.. haha. Kita mana boleh tengok makanan viral nih, mesti lah nak rasa




Apa istimewanya roti kayu khamat gergasi yang viral ni. Kelainannya tentulah pada saiz yang lebih besar dari kayu khamat biasa. Isi lebih padat dan dicicah dengan kuah. Boleh pilih nak cicah dengan kuah apa. Yang saing aku hantar tu kuah gulai ayam. Sedap

Katanya resipi tradisi turun temurun keluarga. Tak boleh main-main tulis resipi yang satu ni sebab is berbeza dengan kayu khamat biasa. Pendapatan diorang meniaga kayu khamat gergasi ni khabarnya mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Siapa sangka kan? Hanya menjual kayu khamat sahaja. Sebab tuu la tv9 pergi terjah tu sampai ke Hulu Terengganu semata mata nak dapatkan kayu khamat ni. Korang tak nak datang Ganu ke? 

Lokasi Kayu Khamat Gergasi Viral


Yang nak datang cuba kayu khamat gergasi ni boleh datang ke Kampung Buloh, Kuala Berang. Sebelah memorial Batu Bersurat




Selamat Datang Ke Terengganu

Ganu Henelang

1 comment:

  1. Allahu, sebelum saya baca entri saya ingatkan ia sejenis kayu. Hehe. Di tempat saya di Kedah i dipanggil kuih apom. Tak tahu lah kalau tempat lain nama lain :D

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.