05 May 2018

Kak Ngah Bawang Basuh Pinggan

Anak-anak masuk umur 3, 4 , 5 tahun dan boleh nampak sedikit demi sedikit karakter yang terbentuk dalam dirinya sendiri. Mula memerhati dan menaakul sedikit sebanyak hal hal sekeliling dan paling penting mulut dah start potpetpotpet macam bertih jagung. Itulah telatah yang mencuit hati dan membuatkan kerinduan di kala berjauhan

Kalau hobi kakak baheja suka membaca dan eager dengan segala jenis buku terutamanya komik bergambar selain suka bereksperimen. Pantang tengok benda-benda yang mengujakan dalam rancangan tv kegemaran, tentu mahu di cubanya macam eksperimen bawang dan eksperimen pisang dia tu dulu lah

Kalau buku teks tentulah buku sains dan pendidikan seni yang selalu di beleknya untuk buat aktiviti. Tak sempat masuk tajuk cikgu ajar lagi dah nak cuba buat di rumah. Mangsanya tentulah kertas-kertas A4 kerja abuya. Makin cepat naww menipis kertas-kertas dalam kotak tu haa. Tak larat nak sembunyikan dah, mesti diorang jumpa jugak



Kalau kak ngah si naurah salsabeela ni pulak suka menolong. Tuu tengah basuh pinggan sambil membawang. Tak sedar laa tu abuya ambik gambar. Mulut pun kemain sekarang. Selain potpetpotpet, suka mengadu hal kakak yang suka buli dia tuu.. kihkih. Manja tak habis lagi ni 



cikgu whtasapp pasal kak ngah.. mesti teringat lagu yasin - salsabila yang abuya pasang kat dia hari tu. Pasang sekali je pun, ingatan kuat betul

4 comments:

  1. Hahaha.. Comelnya Salsabila.. Macam anak dara saya yang no 2..pot pet pot pet..

    ReplyDelete
  2. Setiap seorang ada pakej unik masing-masing...tersendiri.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.