24 May 2018

Jangan Pandang Belakang

Selamat berpuasa. Aku suka metafora dan satira. Seringkali aku mudah faham yang acah bersinis-sinisan dengan aku, lantas aku biarkan saja. Sebab, sampai suatu masa giliran aku pula untuk mengsinis-sinisan kepada mereka dengan rasa dua kali ganda lebih dalam serta menusuk qalbu gitu.. kih kih

Terjumpa sebuah kisah motivasi lebih kurang berbunyi begini. Kelajuan larian seekor rusa boleh mencapai 90 km/jam. Sedangkan kelajuan larian seekor singa cuma 58 km/jam

Meskipun kelajuan larian kedua-dua makhluk Allah ini sangat berbeza, ajaibnya seringkali sang singa begitu terlalu mudah untuk memburu rusa, mengejar, membaham, makan dna memangsakannya

Saat mengetahui seekor singa mengintai dan memburunya, seekor rusa berlari sepantas kilat untuk menyelamatkan diri. Namun dalam waktu yang sama , sang rusa yakin betul bahawa singa akan membahamnya jua pada akhirnya

Rusa merasakan sesungguhnya dirinya sangat lemah dibandingkan dengan sang singa. Rusa berfikir agak mustahil dirinya melepaskan diri dari serangan singa lapar itu. Ada ketakutan rusa pada singa, dirinya tidak akan terlepas dari terkaman singa

Ini yang membuatkan rusa sentiasa melihat dan meboleh ke belakang saat sedang berlari, untuk memantau seberapa jauh jarak singa yang ada di belakangnya. Tolehan dan melihat ke belakang ini sekaligus memberi kesan kepada tahap kelajuan larian si rusa sedang ia sebenarnya lebih laju dari singa.

Hal inilah yang membuatkan larian rusa semakin lambat dan menjadikan singa semakin menghampirinya. Lantas singa menyerang, memangsanya, lalu melahapnya dengan rakus sekali

Andai rusa tidak sering melihat ke belakang, nescaya kelajuan lariannya akan stabil dan sudah pasti singa tidak dapat membahamnya. Kalau lah rusa mengerti betul tahap kekuatannya ialah pada kelajuan ia berlaru, nescaya ia akan selamat dari cengkaman singa lapar



Banyak sungguh waktu yang sudah kita buang untuk melihat ke belakang sehingga kita pun akhirnya dimangsakan oleh kegagalan-kegagalan masa lalu. Seringkali ketakutan-ketakutan kita pada kegagalan membuat kita jatuh ke dalamnya. Seringkali kegagalan masa lalu membuat kita tidak percaya diri bahwa kita mampu menggapai kejayaan

Dan akhirnya ketakutan itu benar-benar membunuh kita. Lupakan apa yang ada dibelakang dan masa lalu, mari menatap ke hadapan, ada begitu banyak kesempatan dan peluang untuk meraih kejayaan 

Salam Ramadhan 1439 Hijrah

No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.