03 March 2018

Sejak dua menjak ni rasanya aku dah 3 kali bayar saman trafik dalam tempoh masa yang berdekatan. Bermula dari saman parking kat airport. Aku selalunya memang selamba je parking dekat pintu masuk balai pelepasan atau ketibaan. Ye lah, dekat sikit nak angkut barang-barang. Selalunya aku memang kebal dengan saman kat airport sana. Sekali hari tu, dah terkena saman. Ermmm menangis tak berlagu.. 

Apa yang sepatutnya kena bayar seringgit dua kalau park kat tempat parking, hambikk kauu dahh kena sedeqah kat polis RM 100. Sekarang ni pulak dah tak ada term (kalau bayar awal, cuma kena rm 30 je). Semuanya rm 100.00 dalam tempoh seminggu. Lagi lewat bayar lagi mahal


Dan ini pulak speed trap, saman yang terbaharu aku kena bayar. Alaa bukan laju sangat pun. Terlebih 11km/j saje.. haha. Mula-mula dapat surat pos laju kat rumah suruh pergi ambil item pos laju di pejabat pos sebab masa diorang hantar tu, tak ada orang kat rumah. Suspen dan surprise sungguh aku duk ingatkan ada hadiah birthday misteri dari siapa-siapa. Rupa-rupanya saman speed trap haa hadiah birthday nya

Berikut adalah 3 cara semak saman trafik melalui online, sms dan email. Rajin-rajin laa semak ye. Pastu nanti nak bayar try laa tanya kot kot ada diskaun atau hapus terus saman ni sempena manifesto kempen pru 14.. mana lah tahu

Semak Saman Trafik Online 


Cara nak semak saman trafik online mudah sahaja. Hanya masukan nombor kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan nombor plate kereta di sini ->SAMAN JPJ ONLINE


Semak Saman Melalui SMS 


1. Taip POLIS SAMAN (NOMBOR KAD PENGENALAN) hantar kepada 32728

contoh : POLIS SAMAN 800921035336
hantar kepada 32728

2. Untuk maklumat lebih details,

Taip POLIS SAMAN (NOMBOR PLAT KENDERAAN) , hantar kepada 32728

Contoh : POLIS SAMAN RF7878 hantar kepada 32728

Semak Saman Melalui Email


Taip POLIS SAMAN (NOMBOR PLAT KENDERAAN) (EMAIL) hantar kepada 32728

Contoh : POLIS SAMAN RF7878 abuya@gmail.com dan hantar ke 32728

3 comments:

  1. mudah dah skrg..semua di hujung jari kan...nice info sis... carian d google pasal ni pasti laku.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...rekod bersih...

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini