17 November 2017

Ada harinya kamu berdua menangis dan sangat sukar dibendung, hinggakan kedua-dua belah tangan dan bahu aku belum cukup untuk menenangkan kamu, tapi satu yang kamu harus tahu aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya, kamu sangat memerlukan disiplin yang lebih berbanding hari-hari biasa, ia akan berakhir dengan sedikit kedukaan di hati dan air mata untuk kamu dan aku. Tapi satu yang harus kamu tahu , aku dah cuba yang terbaik





Ada hari aku merasa sangat letih dan kamu berdua masih memerlukan lagi satu permainan bersama sama aku. Aku ketiduran sendiri, hanya mendengar suara kamu saling bergaduh. Aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya, makanan yang dihidang tidak menepati pun citarasa kamu. Walaupun semahal mana tempat makan yang kita pergi, kamu masih mengingati dan menggemari kicap di rumah.  Walaupun ia sepatutnya mengguriskan perasaanku, tapi kamu harus tahu aku  dah lakukan yang terbaik


Ada hari aku tak sempat mengusap dahimu ketika tidur dan mencium pipimu di waktu pagi. Tapi kamu harus tahu perit sungguh rasa kesal semua itu. Aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya aku tak sempat menghadirkan diri di hari-hari istimewamu di sekolah. Tak dapat merakam video dan gambar saat indahmu. Tapi kamu harus tahu aku dah cuba lakukan yang terbaik


Kamu masih baby girl abuya, kelmarin, hari ini dan selama lamanya


1 comment:

  1. comel anak :) semoga menajadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu