Kematian adalah sebuah misteri. Misteri dalam banyak hal dan keadaan termasuk apakah setelah ajal menjemput, kita akan menjadi penghuni surga atau neraka? Tidak seorang pun yang tahu! Misteri tentang kehadirannya yang entah bila menjemput
Murid AlImam Syafi'e Rahimahullah iaitu Imam Al-Muzaniy, menceritakan suatu hal luar biasa. Katanya, “ Saat Imam Syafi'e sakit dan kemudian wafat, aku berkesempatan menjenguk dan menanyakan khabar kesihatannya
Imam AsSyafi'e menjawab: ‘Aku akan segera meninggalkan dunia, berpisah dengan saudara. Sejenak lagi, aku akan meneguk gelas kematian dan akan menghadap Allah
Aku tak tahu, apakah rohku akan terbang menuju ke syurga, ataukah akan terlempar ke neraka?" Kemudian beliau menangis perih sambil bersenandung." (Imam Syafi'e antara Imam/Ulama' yang terkenal dengan syair-syairnya)
إليك إله الخلق أرفع رغبتي * وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما
Hanya kepada-Mu wahai Tuhan seluruh makhluk, kupanjatkan usahaku, meskipun diri ini, wahai Tuhan Maha Pemilik Anugerah dan Kebaikan, bergelumang dosa
فلما قسا قلبي وضاقت مذاهبي * جعلت الرجاء مني لعفوك سلما
Ketika hati ini makin mengeras dan segala harapan mulai sinar, aku berharap akan keampunan-Mu sebagai Penyelamat
تعاظمني ذنبي فلما قرنته * بعفوك ربي كان عفوك أعظما
Aku sedar begitu besarnya dosa-dosaku, tapi jika kubandingkan dengan keampunan-Mu, wahai Tuhanku, ternyata keampunan-Mu jauh lebih besar
وما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل * تجود وتعفو منة وتكرما
Engkau sentiasa Maha Pemaaf atas segala dosa, senantiasa Maha Memberi kebaikan dan keampunan sebagai nikmat dan kemuliaan
فلولاك لم يغو بإبليس عابد * فكيف وقد أغوى صفيك آدما
Andaikata bukan keranaMu, tidak seorang pun ahli ibadah boleh disesatkan iblis, bagaimana tidak, sedang dia pernah menyesatkan kekasih-Mu, Adam
فإن تعف عني تعف عن متمرد * ظلوم غشوم ما يزايل مأثما
Jika Engkau memaafkan aku, maka Engkau telah memaafkan seorang pemberontak, zalim dan sewenang-wenang yang selalu berbuat dosa
وإن تنتقم مني فلست بآيس * ولو أدخلت نفسي بجرمي جهنما
Dan jika Engkau menyiksaku, maka aku tak akan berputus asa, walaupun aku telah Engkau masukkan ke dalam Jahanam lantaran dosaku
فجرمي عظيم من قديم وحادث * وعفوك يا ذا العفو أعلى واجسما
Dosaku, baik dulu mahupun sekarang memang sangat besar, namun keampunan-Mu, wahai Sang Maha Pemaaf, aku yakin lebih tinggi dan lebih besar
Sangat bermanfaat, terimakasih ukhty .. salam hangat dari blogger Indonesia :)
ReplyDelete