21 March 2017

Laksa Penang Tersedap Di Dunia

Musim cuti sekolah macam biasa berkampung di rumah mak. Anak-anak nak jumpa kawan-kawan sepupu sepapat diorang yang ramai tu duk riuh rendah rumah tok diorang. Elok juga kalau berkumpul, sebab aku tengok kakak baheja tu kalau dengan sepupu diorang, rajin sikit nak solat berjemaah. Sekali suruh je, terus nak join sepupu diorang solat. Kalau kat rumah tokma, agak liat sikit. Kadang-kadang menangis dulu, baru buat

kat rumah tokma

Paling syok kat rumah tok tentulah makanan yang tok masak.. heheh... Dan sudah semestinyalah gambar makanan tu di snap dengan jayanya. Biasalah, blogger dengan gambar makanan kan tak dapat dipisahkan. Sebab gambar makanan antara yang cepat dan banyak dapat like.. gitu.

Pagi ni siap ada 2 menu macam hari raya pulak. Walaupun sekali sekalia bingit jugak telinga dengar tok berleter, tapi bab masakan tok (mak aku lah) dah boleh cover semua kebingitan itu. Mana mau carikk, kan. Dari semalam duk kecoh kat dapur. Tumbuk, goreng sambal ikan dan kuah laksa penang siap dengan begitu cemerlang sekali


Selalunya, favourite aku laksa kuah lemak putih, tapi kali ni mak tukar angin buat laksa penang. Sedap, cukup rasa dan bahan. Dari breakfast, lunch, hitea, dinner, supper semua telan laksa penang je. Cukup

selamatttt dihadam


Menu kedua yang ada atas meja ialah nasi himpit, kuah kacang dan sambal ikan.. Sambal tu selalunya ada banyak, boleh bawak balik untuk buat stok simpan dalam peti. Boleh cicah ketupat goreng pulak lain kali. Tapi ni tak tahulah sempat ke tidak nak tapau. Baru tengah hari dah hilang 3/4 bekas

tudiaa nasi himpit kuah kacang + sambal ikan

Yang ni selingan jer lah.. basah tekak..
beli kat pasar tani 


7 comments:

  1. adeh.. jenuh. Ingat ada jual. :P

    ReplyDelete
  2. Nikmat luar biasa bila balik kampung..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. alahai sdapnya menu..:)

    ReplyDelete
  4. Orang lama, jgn persoalkan kualiti dia. mmg cenggini haaa.. *angkat ibu jari. hehhe

    ReplyDelete
  5. jom pekena laksa penang kaw punya kat balik pulau, restoran laksa pokok manggis!

    ReplyDelete
  6. Wah...laksa tu sungguh mencongkam kalbu la

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.