bahejabella: DOA BEBAS HUTANG

DOA BEBAS HUTANG

/
1 Comments
November 02, 2016
Tentu resah gelisah apabila diri dibebani hutang piutang sekeliling pinggang. Tidur tak nyenyak, mandi tak basah, makan tak kenyang, buang air pun tak lawas, kan. Apatah lagi di musim gawat lagi tenat dek kebejatan ekonomi serta cengkaman kezaliman rejim penguasa ini , lagi lah bertambah beban yang mungkin tak sempat dirancang untuk keluarga. Kos sara hidup naik mendadak, makin tahun makin naik . Golongan berpendapatan sederhana saja pun dah merasa perit, apatah lagi golongan yang berada di bawah paras sederhana. Jikalau dulu, maggi menjadi santapan di pertengahan atau hujung bulan, sekarang mungkin setiap hari? 

Ya wahai sang rejim! teruskanlah menekan rakyat kamu! teruskanlah... moga sampai suatu masa kamu rebah tersungkur seperti pemimpin kaum Saba' yang diceritakan dalam AlQuran, kamu ditundukkan Allah hanya dengan nyamuk halus seperti keangkuhan Namrud durjana yang mengaku Tuhan! Atau kamu mungkin mahu menjadi seperti Muammar Gaddafi yang disula rakyatnya sendiri?

DOA BEBAS HUTANG


Jom amalkan doa bebas hutang atau sekurang-sekurangnya dipermudahkan dan ditunjukkan jalan oleh Allah bagi melangsaikan hutang piutang kita, atau mungkin diberi kalau tak banyak pun, sedikit ketenangan dalam menghadapai saat-saat sukar dalam hidup. In sya Allah.. bukannya mintak Allah turunkan duit sejuta dari langit atau tiba-tiba loan kita dengan bank langsai walaupun ia bukan mustahil di sisi Allah, kan

Doa doa ni bukan sehari duk amal, tak semestinya esok terus menjadi walaupun ia tak mustahil.Apa-apa doa sekalipun seharusnya sebati dalam hidup, hati, jiwa, amalan dan mintak la dengan sungguh-sungguh. Gitu. Doa bebas hutang yang mudah ini ada termasuk dalam Ma'thuraat susunan Imam Hassan Albanna, kebanyakannya ramai yang sudah maklum doa ini. Doa ini jugalah kebiasaan yang diamalkan ramai businessman dan businesswomen yang berjaya. Cer hangpa tengok video dalam instagram Dato Seri Vida, ada dia baca doa bebas hutang dan permudah urusan ini



اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ 
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahuma inni a’udzubika minal hammi wal hazan
wa a’udzubika minal 'ajzi wal kasal
wa a'udzubika minal jubni wal bukhl
wa a’udzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaal


Mafhumnya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kebakhilan dan sifat pengecut. Dan aku berlindung kepada-Mu dari terjerat hutang dan penindasan.” (Riwayat Abu Dawud)



DOA BEBAS HUTANG
DOA BEBAS HUTANG




Selamat beramal!




You may also like

1 comment:

  1. jangan biasakan diri berhutang sbb benda yg pyh nk dibuat adalah byr hutang

    ReplyDelete