21 October 2016

Suka sangat lah anak abuya ni sorang kat kucing. Kucing silih berganti entah datang dari mana selalu ajer berkunjung dan bermastautin siap bermukim dan juga beranak pinak di rumah ni. Kak ngah naurah salsabeela ni la yang rajin duk melayan, peluk, cekik, bagi makan, main-main dengan kucing-kucing tu

Kalau si kakak baheja memang penakut sikit nak pegang. Kucing datang dekat sikit jer pun dan berdebar. Abuya pun sama la.. suka tu suka, comel tu memang la comel kucing, tapi kalau time tidur atau duduk berehat, melintas ajer si kucing ni, memang terlompat laa abuya.. hihi. Malam-malam kalau nak suruh kucing duduk luar, memang abuya suruh kak ngah ni la yang angkat bagi kucing duduk luar.. Abuya takleh pegang, alergik... hahah

ni baru bangun tidur pagi-pagii dah nak bagi kucing dia makan nasi minyak... mewah kucing ni

kucing baby

kucing pun macam dah tahu siapa yang lebih sayang kat dia... nak say bye bye la tu kot sebab kak ngah nak gi sekolah

angkat tangan dan cakap.. 
" hoorey hoorey "



Kadang-kadang kak ngah kena marah manja juga sebab terlalu nak pegang, peluk-peluk si meow. Bukan apa, risau jugak la ada apa-apa penyakit ke, kuman ke, mana tahu. Lagipun kucing tu tak mandi.. 

Kadang-kadang kalau balik dari travel mana-mana , tinggal rumah dua tiga hari, memang si meow ni dulu la yang kak ngah cari. Melepas rindu. Kak ngah ni pandai, time tak ada orang tengok , dia peluk-peluk, cakap-cakap dengan kucing dia. Time nampak abuya atau bonde, terus dia lepas si kucing tu... takut kena marah. Kalau kita keluarkan kucing dari rumah time dia tengah main, sentap menangis la kak ngah tu..hehe

tepuk amai amai ... katanya


Bagus jugak ada anak pencinta kucing, harap murah la rezeki family kami.. tapi kalau kucing terberak dalam rumah, memang geram laa...kan



1 comment:

  1. Bagus kak ngah..abuya penakut kucing lettew

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN