18 October 2016

Malam ni bagi terjemahan sedikit kalam Ulama'.. Manusia kalau tak dengar kata-kata Ulama' atau tazkirah atau tak pergi menadah ilmu, boleh mati hatinya, keras, kering kontang dan tandus jiwanya. Mana boleh nak cari Tuhan saat sempit dan senggang saja

Secara literalnya atau terjemahan langsung Bahasa Melayu, Maghfirah bermakna Keampunan dan Al'Afwu bermaksud Kemaafan

Tapi.. mari kita tengok maksud yang lebih panjang yang mungkin sedikit mampu menjentik hati kita


MAL FARQU BAINAL MAGHFIRAH WAL 'AFW...? 
Apa beza antara 'Al-Maghfirah' dan 'Al-'Afwu' ?

Al-Maghfirah :- Allah mengampunkan dosamu, akan tetapi masih kekal tercatat di buku catitan amalanmu...

Al-'Afwu :- Allah mengampunkan dosamu serta menghapuskannya di dalam buku catitan amalanmu .... seolah-olah dosa tersebut tidak berlaku...

Oleh kerana itulah, Rasulullah SollAllaahu 'Alaihi Wasallam menasihatkan agar memperbanyakkan membaca doa ini :

{اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا}
Allohumma Innaka 'Afuwwun Kareem, tuhibbul 'afwa Fa'fu 'Anna

( Ya Allah, Sesungguhnya Engkau mempunyai keampunan yang mulia dan kamu suka kepada keampunan, maka ampunilah kami  )

*
Doa itulah yang selalu diingatkan dan disebut untuk memperbanyakkannya ketika bulan Ramadhan atau di akhir bulan Ramadhan

Semoga kita semua mendapat kemaafan dan keampunan Allah Ta'ala... 

aku dan kamu sekali laa, yang tengah baca ni

2 comments:

  1. Please link my blog to yours:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    Thanks

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN