31 October 2016

Abuya nak bagitahu kadangkala abuya musykil juga tau. Abang harap ada yang tolong rungkaikan kemusykilan ini

Orang duk tanya abuya macam-macam time nak beli vitamin

Ada side efek tak... 
Selamat tak....
Rosak buah pinggang tak....
Kalau stop jadi gemok balik tak....
Kena makan sampai mati tak....
Kena kanser tak... 

Ok, abuya tak musykil  yang soalan atas ni sangat sebenarnya. Sebab... abuya memang suka melayan. Itu memang dah jadi sebahagian tanggungjawab terhadap pelanggan untuk merungkaikan kemusykilan yanyg dialami

Abuya nak bagi layanan tip top supaya customer boleh termimpi-mimpi abuya... ehhh abuya punya servis shaklee laa. Customer memang patut dan ada hak nak tahu semua tu... abuya ok je.. In sya Allah

Yang abang muyskil sikit tu kan..

Korang pernah tanya tak dekat orang jual bila masuk kfd, mekdo, pizzo, kek rahsia akan side effects makan gula extra ke, side effects makan makanan proses ke... Side effects minum air gas ke, side effects makan donut epal besar kaa



Gemuk gedempul tak kalau makan sokmo semua menda tu???

Kalau makan makanan yang digoreng dalam minyak recycle tu , terdetik tak persoalan ia salah satu faktor besar kena kanser ka...Pernah cek tak berapa lama dan berapa banyak kali minyak goreng tu diulang guna? Dah berapa tahap kehitaman minyak tu dalam kuali?

Boleh jadi parah dan barah ke tak kalau istiqomah selalu semua tu?

Bila masuk bab skincare pulak, ada tanya tak , mengandungi bahan kimia ka.. merkuri ka.. racun ka... Ada benda bahaya ker... Dari mana asal usul semua skincare tu.. Pernah siasat tak kalau-kalau terguna skincare yang sama dubungkus secara borong yang hanya direbranding dan di tampal sticker je ke?

Abuya harap kita berlaku adil dan saksama...

Korang tak musykil ke? Ke abuya sorang je yang musykil ni? 

Terima Kasih...
Abuya yang percaya nutrisi yang baik adalah asas kesihatan yang baik...


1 comment:

  1. Musykil tu memang la musykil..tapi kita ni kena berpada2 beringat2 bab makan minum ni..jaga keaihatn insyaallah..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Monthly Top Commentators

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN