bahejabella: Resipi Mudah Minum Petang : Roti Gulung Celup Tepung

Resipi Mudah Minum Petang : Roti Gulung Celup Tepung

/
5 Comments
October 31, 2016
Korang buat apa selalunya untuk minum petang? Kalau dah boring asyik cekodok, pancake , cempedak goreng dan lempeng je, jom cuba resipi mudah minum petang ni. Hasil rekaan adik aku yang join sekali balik kampung sempena cuti deepavali. Menunya roti gulung celup tepung. Amat sesuai ketika ketandusan idea untuk resipi mudah minum petang. Sesuai juga dijadikan breakfast

Secara jujur sejujurnya , inilah kali pertama merasa makan roti goreng yang dicelup tepung. Kaedah bancuhan tepung yang sama yang selalunya kita buat pisang goreng, cempedak, ubi dan mungkin sotong atau ikan celup tepung

Resipi Mudah Minum Petang : Roti Gulung Celup Tepung


Menu ni bukan menu chef professional. Idea nak buat pun on the spot je. Jadi, bahan-bahan guna apa yang ada dalam peti ais

Bahan Untuk Inti : 
Udang dan Telur

Bahan Untuk Seasoning : 
Lada Hitam, Lada Sulah, Sos Cili, Serbuk Cili , Sedikit Kicap

Bahan Untuk Dicelup :
Roti
Tepung Beras
Sedikit Tepung Gandum
Serbuk Kunyit
Telur
Garam Secukup Rasa
Sedikit Air Kapur (kapur untuk masakan)

Cara Masak Roti Gulung Celup Tepung

1. Goreng udang, campur telur dan masukkan semua sekali bahan untuk perasa. Boleh buat seasoning sendiri ikut kreativiti
2. Setelah udang dan telur masak, masukkan dalam roti dan gulung roti tersebut. Boleh tambah cheese kalau nak
3. Buat bancuhan tepung. Campurkan semua bahan celupan tu, shake shake sampai sebati
4. Celup roti yang telah selesai digulung bersama inti udang dan telur 
5. Panaskan minyak, goreng lebih kurang 7 minit
6. Sedia dihidang dan dinikmati








Boleh dicicah bersama sos cili. Dinikmati bersama teh o panas. Selamat menjamu selera



You may also like

5 comments:

  1. E eh.. uniknya.. tak pernah cuba lagik.. Boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. sedap makan panas-panas ni :)

    ReplyDelete
  3. Roti goreng inti sardin memang selalu makan. Inti telur n udang belum cuba lagi. Blh cuba lepas ni

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA... nak cuba buat bbuka nnti

    ReplyDelete
  5. Sedap sedappp..anak2.mesti suka

    ReplyDelete