RESIPI BERBUKA PUASA MUDAH : KAMBING LADA HITAM

Salam Ramadhan AlMubarak... Ramai yang cari resipi berbuka puasa mudah kan.. Resipi paling mudah untuk berbuka puasa dan simple-simple je untuk bersahur sekali. Tahun lepas punya cerita Ramadhan pun ada resipi berbuka puasa mudah  jugak , ayam dan sambal kicap jer


Tahun ni, kat rumah dah tiga kali pekena kambing masak lada hitam. Mak kesayangan yang masak. Baru teringat nak blogkan pasal resipi ni. Resipi rasanya korang dah biasa sangat kot masak. Ni ikut selera ahli-ahli dalam rumah

Bahan-bahan Kambing Masak Lada Hitam


  • Kambing - majoriti bahagian bahu.. beli yang dah siap potong & bersih di kedai frozen...kitorang ramai , pandai-pandai la bajet korang nak masak berapa keping
  • Bawang besar & bawang putih-di blend
  • Lada hitam (serbuk) , tambah terus sos lada hitam yang dah siap pun boleh
  • Kicap pekat manis
  • Gula Melaka
  • Sos tiram
  • Madu
  • Garam untuk seimbangkan rasa
  • Minyak

Cara Masak Kambing Lada Hitam


  • Perap kambing dengan lada hitam , kicap, sos tiram dan madu - setengah jam cukup la kalau last minit
  • Panaskan minyak, masukkan bawang yang dikisar dan tumis
  • Masukkan kambing yang diperap , masak sampai empuk
  • Tambah air jika kering
  • Perasakan dengan sedikit garam secukupnya 
  • Dah empuk, siap untuk dihidang

Kambing Lada Hitam
Kambing Lada Hitam
Gambar sebelum licin. Tengok tu lemak-lemak pun dah start berkumpul.. Selesai ratah dan mentekedarah baru teringat nak snap. Mak masak banyak dalam kuali, ni dah tinggal 2 keping je. Gambar memang tak lulus la nak masuk buku resipi... hehe... takpe la.. rasa dan masuk dalam perut tu yang penting..


Kuah lebih dalam kuali tu, boleh masuk ayam pulak.. jadi ala-ala ayam masak kicap...sebab ramai kanak-kanak ribena dalam rumah ni suka sangat makan ayam masak kicap.. jimat masa dan tenaga , kuah 2 dalam 1

Selamat berpuasa kawan-kawan!

Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
iffah hussin
AUTHOR
09 June, 2016 delete

Sedapnye la nampak kat gambar tu...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
09 June, 2016 delete

sedapnya...mudah nak buat

Reply
avatar
16 June, 2016 delete

pakai lada hitam sangat baik membantu kesehatan

Reply
avatar
16 June, 2016 delete

tidak di sarankan untukmakan sahurrrrr

Reply
avatar