bahejabella: RESIPI KETUPAT SOTONG KELANTAN

RESIPI KETUPAT SOTONG KELANTAN

/
22 Comments
May 24, 2016

KETUPAT SOTONG KELANTAN

Sekarang musim mencandat kan. Haruslah banyak sotong-sotong hasil tangkapan pencandat tegar. Tak mabuk laut ke korang yang pergi mencandat tu? Sotong-sotong tu semua nak masak apa? Try buat ketupat jom

Kalau sebut ketupat sotong, dari kecil lagi memang mak selalu masak versi Kelantan ni. Beza dengan versi Terengganu yang tidak menggunakan gula melaka (manisan) dalam resipi ketupat sotongnya

Ketupat sotong Kelantan rasa lebih manis dan ketupat sotong Terengganu lebih lemak masin. Jika diberi pilihan , aku pilih versi Kelantan la. Ye la, makan dari kecil kan

BAHAN-BAHAN KETUPAT SOTONG KELANTAN

1- 50 ekor sotong untuk 10 orang makan (saiz sederhana besar)
2 - Beras pulut
3 -  1 inci halia
4 -1 kg santan
5 - Gula Melaka ( 5 - 7 paket )
6 - Sedikit halba
7- Garam secukup rasa
8 - Lidi pencungkil gigi
9 - Daun pandan


CARA MASAK KETUPAT SOTONG KELANTAN

1- Bersihkan beras pulut , bersihkan sotong. Sesetengah orang suka rendam beras pulut tu dengan santan terlebih dahulu. Ia akan membuatkan rasa lebih lemak dan sedap
2- Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan kemaskan dengan lidi pencungkil gigi
3 - Masukkan semua bahan , santan , guka melaka , daun pandan , halba dan sedikit garam secukup rasa
4- Letak atas dapur , tutup periuk dan tunggu sehingga masak

sedia untuk dimasak

dah masak

close up, masa untuk menikmati

Enak dijadikan juadah berbuka puasa. Selamat mencuba , selamat menjamu selera.



You may also like

22 comments:

  1. saya boleh makan satu je ni..tak boleh banyak..rasa muak la...memang tak boleh makan banyak ke..ke tekak saya je yang mengada2..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan time perut kosong boleh lagi 2 - 3 ekor ni kak dr

      Delete
    2. kalau unni satu periuk pun abis!!1 hahahaha

      Delete
    3. haha yeke kak diana? bergantung pada orang kot heee

      Delete
  2. sy mmg tak leh manu menu mcm ni ...almaklum la tekak org utara .. kecik2 tak pernah mkn ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah makan hehehe. tapi teringin nak cuba.

      Delete
  3. aduhai..sure manis giler ni...pas tu sotong tu tak liat ke bila masak lama macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. manis lemak enak... tak liat pun .. boleh makan ala ala makan steak , guna pisou + garfu

      Delete
    2. kak SA tak pernah makan eh yang versi kelantan ni?

      Delete
  4. salam , saya pernah makan sedap! tak pi warna dia putih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. putih.. versi teganu , tak campur gula melaka

      Delete
    2. wahh mesti rasa dia lain kan.

      Delete
  5. versi terengganu lagi best, kurang muak sebab tak manis... hehe, just my personal opinion... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. unni pun suka makan versi ganu.. nyummy!!!

      Delete
    2. okayy terasa nak makan yang versi terengganu plak haha

      Delete
  6. wahh bru ahu guna gula me;aka

    ReplyDelete
  7. Kejamnnya ketupat sotong bila terpandang waktu perut lapar di bukan poser huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama lew kak lya uittt. sabau jelaaa

      Delete
  8. adoiii adoiii mana nak cekau pulak ketupat sotong kelantan kat Negeri Sembilan ni haha

    ReplyDelete