25 July 2015

CAR WASH ZIZAN RAZAK DAN BAKAL TUNANG

Alkisah sebentar tadi pergi salah satu car wash di area kuala terengganu ni. Ye la dah lama sangat kuda putih ku tak mandi. Berkarat sudah

Si baheja ni boleh pulak buat lawak. Masa budak (nepal) car wash ni tanya "luar dalam?" (maksudnya nak basuh luar dan dalam). Si baheja cakap , " apa? seluar dalam? ". Huhh malu aku dengan budak nepal ni

Tiba-tiba, terserempak pulak dengan zizan razak dan bakal tunang. Alaa buat-buat biasa je pun. Takde la nak melompat teruja sangat. Kebetulan dia pun nak cuci kereta dia. Pandai dia sorok-sorok bakal tunang dia kat dalam kedai yang ada di car wash ni. Sebebarnya bakal tunang dia tu jiran 3 belah rumah (mertua) aku je. Dekat sangat. Ingat aku nak bagi pamplet shaklee kat zizan tapi tak sempat pulak. Mungkin lain kali la kot tunggu depa buat majlis , harus la jemput jenjiran, kan

Ambik je gambar dengan depa tapi tak payah up sini la. Ni bukan blog artis pun, kan. Nah gambar kereta je ada

kereta zizan
Kereta zizan

14 comments:

  1. Wahhh jumpa zizan. Behnyaaa. Hikhik

    ReplyDelete
  2. Hehehe...lucu..kalau up pic pun ok..apasalahnya..hihihi..

    ReplyDelete
  3. bgus ngak tu bg pamplet kt die..heheh

    ReplyDelete
  4. huhuh...napa erk satu malaysia tau dia dgn emma maembong tup2 tunang dgn org lain? ni jnis mcm nabil la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. over emma ni... haaha no comment.... kita tak tahu cerita belakang.. kadang media yang over twist

      Delete
    2. aiikkk....??!! kaitkan dgn Nabil plak... hehehehehee... :p
      kesian Nabil..

      Delete
  5. ramai peminat zizan ni ...rugi xupload gambar artis ke blog ni ...

    ReplyDelete
  6. La ingtkn xjd dh sbb ritu dgr2 Nikah diaorg sblm bln ramadhan ritu... Selamat hari raya....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa2 la jadi.. boleh la saya pegi majlis sebelah rumah je nanti.. haha

      Delete
    2. kalau jadi Cikgu Nizam boleh lah pergi kenduri depa sambil bawa pamplet Shaklee lebih2 skit... ramai jemputan tu... hehehehee... :)

      Delete
  7. soalnya kenapa gi car wash pun nak bawa si tunang.....?

    *ehh.. ni bukan blog artis ehh.. ok sorry..* :p

    ReplyDelete
  8. Lorh..ingatkan Zizan punya CAR WASH... mana tahu kan si abg ZIZAN cuci kerana abe gna tangan kan..hehe

    ReplyDelete
  9. Hahhaa ambik gambar keter pon jadilaaaa

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.