06 May 2015

BERCUTI DI HARI PEKERJA

Alkisah cuti hari pekerja 1 Mei jatuh hari Jumaat , Ahad pulak cuti umum hari wesak, elok sangat kitorang nak pergi so-called holidays , siap aku ambik lagi cuti rehat khas hari khamis 30 april tu. So berholidays lah kitorang selama 4 hari. Pergi Penang je pun

jambatan Pulau Pinang
jambatan Pulau Pinang

KENANGAN MENGUSIK JIWA DI PENANG

Sebenarnya kat Penang kitorang ada ramai sedara mara , kaum kerabat , nenek aku pun asal dan duduk sana. Kami anak mami okay! Mak dilahirkan di Kuala Kurau , Perak dan membesar di Kuala Muda , Seberang Perai , bersekolah , grew up sampailah bertemu jodoh dengan ayah. Ayah asal Besut , so lepas kahwin ayah mak duduk Terengganu. Sekarang kakak aku pun dah berkeluarga dan mengajar di Penang. So kalau sampai sana , In sya Allah tak sesat dan ada tempat berteduh tanpa bayar hotel bajet. Dari kecil selalu saja kami adik beradik balik Penang dengan bas , sewa teksi . Mak ayah bukanlah orang kaya . Mak cakap dulu kalau tak ada rm 500 - rm 1000 dalam tangan , jangan haraplah nak dapat balik rumah tok dan jalan-jalan Penang. RM 500 tu sangat besar masa tu.

Jalan raya timur barat , banjaran titiwangsa tu dah kami kenal sejak kecil. Tempat-tempat persinggahan nak buang air , tempat strategik nak berkelah di pertengahan perjalanan pun kami dah hafal. Dulu ada jalan yang lebih ekstrem , jalan-jalan bengkok dan selekoh yang lebih tajam. Kalau tak tahan pening memang muntah. Selalu sediakan plastik kalau nak balik rumah tok kat Penang

Sejak mak ayah berniaga , dapatlah kami merasa naik van besar sikit, nissan vanette dan kami bahagia. Dengan nissan vanette nilah kami balik raya pegi Penang tiap-tiap tahun. Pernah satu tahun , mak saudara order perabot yang agak banyak dari kedai mak , jadi terpaksalah kami balik raya dengan dua buah kenderaan , lori untuk angkut perabot dan van vanette. Adveture gitu

Arakian kisah bercuti di Penang baru-baru ni bukan nak melancog pun, sebenarnya nak kena hadirkan diri ke undangan walimatul 'arus anak saudara sebelah wife. Haa kebetulan pulak kakak ipar pun berkeluarga dan memang bermukim di Penang

majlis kahwin anak saudara di Penang
bergambar atas pentas kahwin-kahwin

majlis kahwin anak saudara
gelagat dua princess abuya

Satu malam tidur di homestay yang kakak ipar sewa dan satu malam lagi kami tumpang tidur di kondo kakak aku kat Jelutong , ye la baheja pun dah lama duk sebut-sebut nak mandi kolam , boleh jugak lepas gian mandi kolam. terlebih excitednya abuya lah

naurah salsabeela
abuya dan naurah posing kat homestay , abaikanlah ketidakhenseman abuya tu

BUTIK FAREEDA PENANG

Tapi kan yang aku hairan sikit , orang perempuan ni dalam banyak-banyak tempat yang best kat bandaraya Penang ni , yang satu ni memang dia berkenan nak pergi , duk wirid 18 jam nak pergi sini. Apatah lagi bila berjumpa kaum kerabat depa. Mentang-mentang lah Fareeda ni asal Penang . Kalau tak silap aku , kat terengganu pun ada fareedaa ni. Layan je la

FAREEDA PENANG
Butik Fareeda , Ibu Pejabat Wilayah Utara
Tapi wife tak beli pun , cari size labuh , rupanya size labuh kena order online, so pegi cuci mata je ikut kaum kerabat depa. Cuci mata pun dah nikmat besar


mandi kolam di kondo Mak Lang
kakak baheja seronok mandi kolam kat kondo Mak Lang


Love & Faith
abuya

8 comments:

  1. dah lama tak ke pulau pinnag :)

    ReplyDelete
  2. anak mami rupanya..hehe awat tak bagi tau cek awai2..hehe

    ReplyDelete
  3. takpernah p pulau pinang

    ReplyDelete
  4. len kali mai boleh bergather EFG...hehe

    ReplyDelete
  5. nak pi pulau pinang lagi pekena pasembor.. mana tah nak cari kat kl ni.. rojak adalaa.. pasembor tak pernah jumpa lg

    ReplyDelete
  6. wahhh syoknya... beli jeruk x ?

    ReplyDelete
  7. Fuhh seronoknyerr..naper tak g jumpa arz moha hehe

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN