18 August 2021

RINDU STAYCATION DI HOTEL

Saudaraku, di sebalik ujian, ada rahmat. Sedar tak sedar sudah hampir dua tahun kita berhadapan dengan virus  Covid 19 yang mengganas di seluruh dunia. Ramai yang tewas keranya, orang-orang di sekeliling kita, saudara mara, rakan taulan dan sahabat rapat. Ramai kehilangan ahli keluarga tersayang yang gugur dan pergi tak kembali. Hanya kenangan manis mampu mengubati kerinduan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menyandang 


STAYCATION DI HOTEL

Wabak ini telah menghalang kita semua untuk melakukan banyak perkara, antaranya melancong dan bercuti bersama keluarga. Industri pelancongan antara industri yang sangat terkesan dan tenat ketika ini. Perintah kawalan pergerakan menjadikan industri pelancongan ada yang nyawa-nyawa ikan dan mati, tutup.  Banyak hotel yang mengambil inisiatif lain untuk survival seperti menganjurkan jualan makanan secara atas talian atau menyediakan makanan untuk dijual di tepi jalan. Bos sendiri pulak tu yang turun padang



Demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan..

Sebelum keadaan Covid sekali lagi buruk dan kembali teruk melanda negara, sempat lah juga kami staycation di Swiss-Bellhotel kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Saje lah nak try hotel baru yang dekat-dekat dengan negeri jiran ni sambil ada urusan bisnes kecil-kecilan. Hajat di hati, nak pergi jauh sikit, dah selalu survey Lexis Hibiscus Port Dickson  tu menarik sangat. Yelahh tentu budak-budak ni suka, boleh tengok laut dari dalam bilik dan selesa ada kolam private yang tak perlu kongsi dengan orang lain. Syok sangat lah budak-budak ni. Tapi mungkin memerlukan cuti yang lebih panjang, baru puas hati jalan jauh. Ni dah macam cuti panjang pun, tak boleh bergerak kemana pulak dek larangan merentas negeri. 



singgah Pantai Teluk Cempedak


                   dah teruja tak sabar nak naik hotel

Keseronokan nak pergi berjalan dan bercuti tu bukan semasa duk hotel je semata-mata, tapi ia bermula masa nak booking lagi. Packing, perjalanan, singgah situ singgah sini, singgah basuh berak anak, berhenti bancuh susu, beli cekedis, beli colek buah, singgah di pantai tengok ombak dan berhenti sekejap untuk tidur rehatkan mata dan badan.... aihhh rindu betul!


Aktiviti Di Hotel

Aktiviti kat hotel masa staycation tu macam biasalah, bergantung pada apa yang hotel sediakan. Apa yang wujud di sekelilingnya.... antaranya ada barbeque, gymnasium dan spa urut..


berbasikal pun boleh...


Tanjung Jara Resort.. ni tempat untuk aktiviti yoga kalau tak silap.. luas betul kawasan resort ni


kalau dah kepenatan sangat tu, main menda alah ni pun boleh dalam bilik.. selalu main kat buku tulis matematik je kan


Dan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak, tak lain tak bukan, sudah terang lagi bersuluh hanya jauhari mengenal manikam .. sudah tentu .. mandi dan bermain kolam. Kebetulan time kitorang pergi Swiss-Bell tu, family adik pun join sekali... riuh rendah lah sikit budak-budak ni jumpa sepupu sepapat.. main kolam sama-sama, breakfast sama-sama



Malam harinya, kami keluar jalan-jalan cari makan seafood yang tersohor di sekitar Tanjung Lumpur tu. Seafood sangat fresh dan sedap juga masakan dia. Ketam telur masin, ikan bakar dan sotong kam heong... fuhh teringat betul. Cuma layanan je agak kurang  best.. oppsss

SENARAI TOP 5 HOTEL SESUAI UNTUK KELUARGA

1. Tanjong Jara Resort.  Dungun. Berkonsepkan ala Bali, Indonesia. Nampak mewah, luas dan dilengkapi dengan perabut-perabut eksklusif . Seni bina Tanjong Jara Resort diilhamkan oleh istana-istana Melayu abad ke-17 dan memenangi Anugerah Berprestij Seni Bina Aga Khan. Lokasi sesuai untuk mereka yang nak honeymoon atau bersama keluarga

Antara jenis bilik yang ada di Tanjung Jara Resort. Ada yang satu tingkat dan dua tingkat. Tiga jenis bilik yang ada ialah Serambi , Anjung dan Bumbung . Kami menginap di bilik tingkat atas yang berbumbung (ada atap). Rate bilik yang berbumbung sedikit lebih murah berbanding bilik yang lain.

2. Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Penang

Siapa yang tak kenal destinasi pelancongan Batu Ferringhi kan. Kedudukan hotel ni pulak berada di sebelah satu lagi lokasi popular Hotel Hardrock Penang, Batu Feringghi. Bilik yang luas, besar dan kalau tak silap, baru selesai kerja-kerja renowate... apa lagi? boleh feeling berada kat hotel baru gitu.. rate pun affordable.. lepas PKP ni booking ok!

                        tengok pada gambar kolam ni pun dah boleh buat budak-budak ni teruja 

3. Hyatt Regency Kuantan Resort            

Hyatt Kuantan ni pun baru juga selesai renowate dua tiga tahun lepas. View sangat-sangat cantik, kolam renang besar ada dua. Destinasi strategik di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Ada court tennis sukan yang aku minat. Tak jauh dari sini pula ada Mini Zoo Taman Teruntum


                                anak-anak macam biasa dengan aktiviti utama di mana-mana hotel


4. Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Selalu je nampak iklan Lotus Desaru ni. Antara kelebihan kat sini ada mini water theme park. Mini ye.. mini. Bukan mega. Tapi budak-budak jangan cakaplah kalau kolam tu, COMFIRM!!!! comfirm diorang menang kat sini. Indoor game pun ada. Banyak aktiviti kat Lotus Desaru ni macam kat Gambang Resort . Korang boleh try parasailing, aktiviti lasak boleh bawak ATV , naik banana boat, berkayak , jet ski, memancing pun boleh.. best kan! haiihh... lambat lagi ke habis wabak corona ni ye...




5.  Four Seasons Langkawi

Aku kalau Langkawi ni baru sampai dua kali. Sekali ikut keluarga ipar. Sekali lagi dengan rombongan murid sekolah. Itu pun sebab aku selesaikan tugas aku sebagai pengurus, pengarah program berkaliber paling berjaya.. Time tu menginap kat homestay ajer berhadapan mall besar jual pinggan mangkuk, apa nama mall tu aku lupa dah

Tapi kali ni, kalau berkesempatan memang nak pergi Four Season Resort. Tersembunyi, tenang, hutan, alam semulajadi, eksklusif dan private... Boleh beri ilham untuk berkarya... aagituhhh!





Cipta Aktiviti Di Rumah Semasa Musim Pandemik




Apa lagi... berendam jer lah..  Korang terjun jer dalam kolam plastik ni ye. Sambil pejam mata terbayangkan berada di hotel yang pernah korang sampai ok..Pagi petang siang malam free jer boleh berendam.. jimat


Selain tu boleh pergi main pantai yang dekat-dekat rumah kalau dah tak ada larangan dan roadblock polis. Jangan lupa aktiviti mewarna dan membuat aiskrim choki choki



                                    kalau nak feeling lagi boleh breakfast kat belakang dapur


aktiviti memasak jangan dilupakan.. popia daging cheese tu boleh buat bersama anak-anak..bagi jer diorang gulung.. ketupat sotong dan pulut mangga sangat sesuai untuk throwback hi-tea kat hotel.. gitu


Kita semua menerima hakikat perlu hidup bersama covid sekarang. Kiri kanan, depan belakang  sekelililng kita sangat berisiko. Semoga pandemik covid ini cepat berlalu pergi. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Stay safe... jaga diri dan keluarga!


6 comments:

  1. Ye... Ramai ternanti-nanti untuk berehat dan bercuti di hotel. Semoga wabak ini diangkat oleh Allah ke langit. Btw, Lotus Desaru tu memang best...rindu nak stay situ lagi

    ReplyDelete
  2. rindu nk jln2 bercuti ya cikgu

    ReplyDelete
  3. samalah abuya, kak ana pun rindu dengan pantai dan ombak.. teruskan kita berdoa semoga semua ini akan segera berakhir dan kita akan kembali ke kehidupan sedia kala.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. harap2 cepatlah malaysia ni bebas covid,dah tak sabar nak travel

    ReplyDelete
  5. Asdalam..menariknya..saya dah follow ya

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.